TIPS NAK BIAR KERJA CARI KITA, BUKAN KITA CARI KERJA

Atas permintaan yang ramai, OGM menghadiahkan tips nak BIAR KERJA CARI KITA, BUKAN KITA CARI KERJA

Yes, thats right, kita tak perlu susah-susah apply kerja kat Jobstreet Linkedin dan isi job application kat website job vacancy.

Takyah buang masa apply beratus2 company. Kerja tu sendiri bergolek datang kepada kita.

Waah, betul ke ni? Yes. Ini bermakna sama ada Recruiter ataupun Hiring Manager yang cari kita untuk offer Job.

Yang paling bestnya, Interview tu confirm dapat tau! Haa kita ni sekarang nak dapat satu interview pun susah betul tak?

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya dapat interview mostly melalui cara ini. Dan memang ternyata berkesan untuk saya dan hari ni saya akan dedahkan pada anda semua bagaimana saya dapat semua ni.

Excited tak untuk tahu? Haa salin nota siap2

Kunci UTAMA dia: Naikkan Profile View di LinkedIn

Naikkan Profile View? Apa benda tu? Haa, saya explain satu2.

Kalau korang nak pakai teknik ni, korang kena kenal dan pakai Platform Linkedin. Kalau takde Linkedin lagi, cepat-cepat buat.

Linkedin adalah platform terbaik bagi saya untuk cari kerja kosong berbanding Jobstreet dan portal lain. Ramai di luar sana tak tahu macamana nak guna Linkedin atau tak faham teknik mencari kerja kosong di Linkedin.

Kalau korang nak belajar basic Linkedin, bole klik di sini, saya ada explain in details macamana nak guna Linkedin.di link di bawah
Klik Di Sini

Let say, korang da biasa guna Linkedin, korang akan perasan kat profile kita ada 3 statistik iaitu

1)Who viewed your profile- Siapa yang usha2 kita
2)Post View – Siapa yang baca dan tengok post kita
3)Search Appearance – Berapa kali profile kita keluar kat Search Engine Linkedin

So untuk teknik ni, saya nak korang fokus pada Who Viewed Your Profile

Saya ada buat beberapa test dan try and error untuk Naikkan Jumlah orang tengok profile ni. Apa yang saya jumpa ialah semakin tinggi profile view kita, lagi tinggi chance Recruiter atau Hiring Manager akan pm kita offer kerja kosong.

Seperti di gambar poster, profile view saya sebanyak 925 orang. Daripada profile view jumlah tu, ada 3-5 recruiter dan manager approach saya untuk offer kerja kosong pada waktu itu.

Jadi saya dapat rumuskan profile view ada kait rapat dengan dapat kerja kosong.

Persoalan dia, macamana nak naikkan profile view?

Di sini saya rumuskan kepada 3 Cara Utama.

1)Kenali Niche atau Area Mana Nak Masuk

Kebanyakan orang guna Linkedin main add je sesiapa dalam connection. Tapi untuk teknik ni, korang kena add specific area punya audience

Contoh, anda nak jadi Drilling Engineer

Apa anda kena buat ialah add semua orang yang related dengan Drilling. Daripada local hingga international.

Kalau korang kejap add orang Drilling, kejap orang bidang lain nanti pape post korang diorang tak layan sangat dan rendah views.

Kalau korang tak tahu nak pilih area mana lagi, rujuk post saya pasal Macamana nak Cari Career Yang Anda Minat di sini
Klik Di Sini

2)Add Relevant Connection minimum 3000 orang

Kalau saya, saya akan cadangkan anda add sebanyak yang boleh. Macam saya fokus pada Analyser Engineer, ada hampir 5,000 connections, 80% adalah orang related to Analyser juga.

Bila ramai orang sama field, pape kita post high chance diorang akan engage, like, komen share etc. Bila diorang engage apa akan jadi?

1)Connection diorang pun nampak post kita
2)Recruiter dan Manager yang dalam connection diorang juga nampak kita

Ingat, Bila kita connect dengan diorang, kita juga dapat semua connection dia kalau dia engage dengan kita.

Lagi ramai connection, lagi ramai post view kita dapat nanti

Jadi add lah sebanyak yang boleh tapi relevant dengan area anda sahaja ok?

3)Share Content

Part paling penting kat sini yang terakhir ialah anda kena rajin share content.

Macam ilmu-ilmu marketing lain diajar, kita kena sentiasa share post dan aktif baru orang nampak.

Persoalan korang akan tertanya, content apa nak share?

Antara benda korang bole post ialah pasal artikel topik yang berkaitan dengan area anda. Samada korang baca sendiri dan share ataupun korang share link dengan sedikit komen dan olahan dekat post. Mana-mana pun takpe.

Janji menarik dan relevant dengan area anda.

Selain tu, korang juga bole post soalan. Tanya soalan2 related dengan area anda. Nanti Manager2 komen la kt post korang.

Soalan simple2 pun takpe, yang penting kita nak dapat komen daripada Manager2 ni. Nanti semua connection dia akan nampak juga post kita nanti.

Ini baru sedikit tips pasal cari kerja Oil and Gas di Linkedin. Kalau ada yang serius nak belajar lebih dan nak cari ilmu baru dalam job hunting Oil and Gas, boleh klik link ni untuk belajar kursus How to Join Oil and Gas di link bawah

Kursus How To Join Oil and Gas

August 2, 2019

1 responses on "TIPS NAK BIAR KERJA CARI KITA, BUKAN KITA CARI KERJA"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X