Tempat Percutian di Pelantar Minyak?

Apa yang timbul dalam fikiran anda bila dengar perkataan “pelantar minyak”? Adakah anda hanya terbayang satu jentera untuk menghasilkan sumber minyak yang diperlukan oleh dunia? Atau tempat di mana pekerja-pekerja offshore bekerja & menginap?

Percaya atau tidak, pelantar minyak juga berperanan dalam menyokong ekosistem baru. Satu perundangan yang di kuatkusakan kepada syarikat minyak yang bertanggungjawab untuk pembersihan dan pelupusan pelantar minyak telah dimeterai pada tahun 1953, membuka jalan untuk program ‘Rigs-to-Reef’ ini.

Seaventures Dive Rig Resort, terletak di antara Pulau Sipadan, Mabul, and Kapalai adalah tempat percutian yang unik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berada di pelantar minyak sambil menikmati angin laut dari keselesaan bilik hotel.

Namun yang paling menjadi tarikan adalah lokasinya yang terletak di ‘Coral Triangle” – lubuk terumbu karang yang menjadi kegilaan para penyelam Scuba dari seluruh dunia.

Fakta menarik lain mengenai ‘the best diving resort in the world ini’:
1) Telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Selepas pembinaannya di Panama, pelantar minyak ini telah ditempatkan di Teluk Mexico.
2) Pernah digunakan oleh Petronas Oil Corporation, namun pada tahun 1985 telah diberhentikan operasinya dan dijual di Singapura
3) Dibeli oleh keluarga Suzette dan digunakan sebagai platform memancing dan hotel di Labuan pada asalnya.
4) Memutuskan untuk menghidupkan pelantar minyak ini menjadi terumbu karang tiruan, apabila didapati bahawa kehidupan karang adalah 50 kali lebih produktif di dasar pelantar minyak daripada persekitaran semulajadi.
5) Dapat memuatkan 50 orang pengunjung untuk penginapan dan 125 orang penyelam Scuba sehari.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

August 19, 2019

0 responses on "Tempat Percutian di Pelantar Minyak?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X