Sarawak Pemain Utama Petroleum Negara

Sarawak dikatakn ‘pioneer’ dalam industri minyak dan gas di Malaysia. Mana taknya sebelum merdeka lagi telah mula menjumpai sumur minyak pertama yang dikenali sebagai ‘Old Lady’ di Miri.

Manakala kilang penapis minyak pertama Sarawak dibina oleh Shell di Tanjung Lobang, Miri, dan seterusnya berpindah ke Lutong, Miri.

Kronologi Minyak & Gas di Sarawak:

1. 1920: Rajah mengeluarkan “Perintah Konsesi Shell” yang menetapkan kawasan di Miri sebagai penerokaan dan perlombongan minyak oleh Sarawak Oilfields Limited, dimiliki Shell.
2. 1930-an: Belanda dan British memulakan penerokaan luar pesisir minyak Baram.
3. 1952: kerajaan penjajah Sarawak mengeluarkan pajakan minyak dalam bentuk surat ikatan kepada Medan Minyak Sarawak, memberikan syarikat kebebasan, hak dan keistimewaan untuk meneroka dan mengendalikan semua petroleum yang terletak di dalam atau di bawah atau di seluruh wilayah yang terdiri daripada jajahan Sarawak, termasuk tanah di bawah semua perairan wilayah.
4. 1954: Queen-in-Council meluluskan Perintah Sarawak (Perubahan Sempadan) untuk memperluaskan sempadan Sarawak bagi memasukkan dasar laut dan tanah bawahnya yang terletak di bawah laut bersebelahan perairan wilayah Sarawak.
5. 1958: Majlis Negeri (kini dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri) meluluskan Ordinan Perlombongan Minyak bagi menyediakan peruntukan lebih baik dalam undang-undang berkaitan perlombongan minyak di Sarawak dan pelantar benuanya.
6. 1960: penerokaan berkembang dari darat ke luar pesisir, dengan Orient Explorer menjadi pelantar penggerudian mudah alih pertama yang digunakan.
7. 1963: medan Baram menjadi medan luar pesisir pertama, dan pada 1965, Miri menjadi bandar pertama dengan sistem paip gas.
8. 1968: West Lutong mengeluarkan minyak luar pesisir pertamanya.
9. 1978: Malaysia LNG Sdn Bhd diperbadankan dan kargo eksport pertama dihantar pada Januari 1983.
10. 1979: Terminal Minyak Mentah Bintulu menjadi projek perindustrian utama pertama memulakan pembinaan di Tanjung Kidurong, dan pada tahun berikutnya, Asean Bintulu Fertiliser ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1985.
11. 1986: Shell Middle Distillate Synthesis, loji gas kepada cecair (GTL) pertama dunia diperbadankan dan mula beroperasi pada 1993.
12. 2016: kemudahan pertama LNG terapung di dunia oleh Petronas menghasilkan gas pertamanya dan pada 2017, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) milik kerajaan negeri diperbadankan

P/S : Ingin belajar ilmu baru dan dapat sijil teknikal yang boleh naikkan market value anda unduk lebih mudah dapat kerja Oil and Gas? Jom join kelas Online Introduction to IECEx dan Ex 001: Hazardous Area and Ex Marking Basic ! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/iecex-basic-of-hazardous-area-and-ex-marking/

August 7, 2019

0 responses on "Sarawak Pemain Utama Petroleum Negara"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X