Refinery Malaysia Yang Ada Catalytic Cracking?

Refinery Malaysia Yang Ada Catalytic Cracking?

Catalytic Cracking di refinery? Ape benda tu? Kenapa penting kena tau?
 
Haa entry kali ni, kita nak share skit benda basic korang kena tahu tentang proses di refinery.

Catalytic Cracking di refinery? Apa maksud Catalytic Cracking dalam bidang oil & gas ni? Kalau nak tahu,  Catalytic Cracking  merupakan satu unit intensive yang digunakan oleh sesetengah refineries di Malaysia. Kat Malaysia kita ada 2 jenis Catalytic Cracking – LRCC dan RFCC. Jom tengok definisi setiap satu. LRCC – Long Residue ialah campuran complex antara hydrocarbons yang mempunyai berat molekul yang tinggi dan merupakan pecahan yang paling berat selepas crude oil distillation process. Manakala Catalytic Cracking ialah satu proses dimana complex hydrocarbons dipecahkan menjadi molekul-molekul yang lebih ringan dan halus. Refinery yang menggunakan LRCC unit ialah Hengyuan Refining Company dibawah Shell. Di RAPID juga gunakan LRCC tapi dinamakan RFCC. Haa asal nama lain? Jom kita baca.

 

1) LRCC HENGYUAN REFINING COMPANY

Hengyuan Refining Company Berhad (HRC) yang lebih dikenali sebagai Shell Refining Company telah dibentuk pada 19 September 1960 dan merupakan syarikat awam yang tersenarai, dengan sebanyak 49% penyertaan awam. Syarikat tersebut telah tersenarai di Main Board of Kuala Lumpur Stock Exchange yang kini dikenali sebagai Main Basket of Bursa Securities pada 29 Oktober 1962. Operasi di HRC bermula pada tahun 1963 dengan pengeluaran hanya sebanyak 20 000 barrels sehari, kini mencecah 120 000 barrels sehari. Pada tahun 1999, Shandong Hengyuan Petrochemical Company (SHPC)  merupakan investor pertama di Malaysia untuk LRCC unit iaitu di Port Dickson.

Untuk Unit LRCC mereka, Kos sebanyak RM 1.4B dilaburkan untuk membina unit tersebut, dimana ianya menggandakan sebanyak 2 kali ganda penghasilan gasoline, 4 kali ganda untuk pengeluaran Liquefied Petroleum Gas (LPG) dan mampu membuat  propylene dan naphtha, yang merupakan nilai feedstocks yang tinggi untuk petrochemical industry. Tujuan LRCC ni dioperasikan di Hengyuan Refinery Company adalah untuk production of gasoline yang ada ciri-ciri Euro4M untuk RON 95. LRCC ni merupakan hasil kerjasama antara syarikat Hengyuan Refinery dan Shandong Hengyuan Petrochemical Company (SHPC).

Pada 22 Disember 2016, Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL) telah memperoleh sebanyak 51.0% equity stake dalam Shell Refining Company (SRC) dari Shell Overseas Holdings Limited sebanyak US$66.3 juta. MHIL dimiliki sepenuhnya oleh Heng Yuan Holdings Limited dan merupakan anak syarikat dibawah Shandong Hengyuan Petrochemical Company (SHPC) Limited. Hengyuan Refining Company Berhad (HRC) mengurus dan mengoperasikan refinery di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan lesen pengeluaran minyak sebanyak 156 000 barrels sehari. Kemudahan ini terlibat dalam refining dan manufacturing sesuatu produk petroleum, dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 500 orang pekerja (501-1000 orang pekerja) termasuk sebagai staff dan kontraktor.

 

2) RFCC PrefChem Pengerang

 Macam kita tahu, RAPID terletak di Pengerang Integrated Complex (PIC) di Pengerang, Johor dengan seluas 22 000 hektar dan merupakan hasil kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Saudi Aramco. Plant name RAPID ialah Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem). Percubaan RAPID refinery dimulakan di crude ditillation unit (CDU) pada tahun 2019. Pembinaan RAPID di Pengerang bermula pada tahun 2013 dan siap sepenuhnya pada November 2018. Dianggarkan, projek tersebut memerlukan seramai 70 000 orang pekerja ketika construction dan akan menyediakan lebih 4000 peluang pekerjaan baru. Namun, projek terpaksa ditutup sementara atas pemeriksaan keselamatan apabila insiden kebakaran berlaku di atmospheric residue desulphurization (ARDS) unit pada 12 April 2019 yang menyebabkan kerugian sebanyak US$27-28 billion. Setelah kerja baik pulih RAPID selesai, PETRONAS restart CDU pada Ogos 2019.

 

Kalau tadi, Hengyuan Refining Company Berhad guna LRCC, lain pula dengan RAPID. RAPID memerlukan RFCC. RFCC stands for Residue Fluid Catalytic Cracking. Kerjasama antara syarikat China Technical Consultations Inc. (CTCI), Chiyoda Corp dan 3 lagi syarikat Malaysia invest sebanyak US$1.3B untuk pembangunan projek RFCC di Johor ni. Projek RFCC di Pengerang ni merupakan part of PETRONAS dan RAPID dan merupakan pakej pertama dari empat pakej di refinery termasuklah mampu menghasilkan 140 000 barrels per stream day (bpsd) RFCC, 65 000 bpsd Liquefied Petroleum Gas (LPG) treatment unit (LTU) dan 65 000 bpsd propylene recovery unit (PRU). China Sinopec telah confirm untuk menandatangani pakej kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning)   projek RAPID bersama dengan PETRONAS refinery dan Petrochemical Corporation, iaitu anak syarikat PETRONAS. 2 modularised waste heat boilers dipasang di refinery pada 21 March 2017 dan telah memegang rekod terbesar di Malaysia. Komponen ni merupakan komponen yang sangat penting untuk RFCC unit, dimana ianya berfungsi untuk crack hydro-treated atmospheric residue kepada feedstock untuk kemudahan Steam Cracker. Proses utama RFCC ni adalah sebagai double regenerator yang berfungsi untuk crack residue feedstock dan vacuum gas-oil kepada hydrocarbon yang lebih ringan. Proses ni juga termasuk propylene recovery section (PRU section).

 

Menurut satu berita yang diambil oleh Business Times, syarikat engineering, procurement and construction terbesar di Taiwan ialah CTCI, dan Chiyoda memegang sebanyak 10% dari total share CTCI. Chiyoda berjaya menyiapkan Petronas Melaka Refinery pada tahun 1998 dengan menyumbang dari segi design dan construct 22 Residue Fluid Catalytic Cracking (RFCC) unit globally. Setelah bertahun CTCI bekerjasama dengan pembangunan hydrocarbon market di Malaysia, CTCI telah mendapat kehormatan dan kepercayaan penuh dalam handle projek RAPID P1 RFCC dan seterusnya mendapat peluang sekali lagi dari PETRONAS untuk handle projek RAPID Package 28B EPCC of Euro 5 Mogas CNHT2, Isomerization, Texas Alliance for Minorities in Engineering (TAME) dan Tankage Project dalam bulan November 2017. Wow! Projek besar ni telah menarik perhatian kontraktor-kontraktor besar EPC. Dengan mengawal keselamatan penuh untuk kontrak Package 28B ni, CTCI telah menjadi satu-satunya kontraktor EPC untuk memenangi dua kontrak refinery antara Pengerang Integrated Complex (PIC).

Kalau nak belajar lebih detail tentang dunia Oil and Gas, boleh klik link ni:

Introduction To Oil & Gas

 

September 2, 2020

0 responses on "Refinery Malaysia Yang Ada Catalytic Cracking?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X