Pekerja Oil & Gas Cepat Pekak?

Mula-mula kerja dalam minyak dan gas nie, rasa agak leceh dan rimas juga kena pakai perlindungan telinga atau lebih dikenali earplugs. Earplugs nie berbentuk sedikit kecil yang kita boleh sumbat ke dalam telinga. Ada lagi satu dipanggil sebagai earmuff. Earmuff nie bentuknya serupa dengan headphone yang kita guna untuk dengar lagu.

Tetapi selepas mendengar ada sebahagian pekerja yang masih muda telah hilang daya pendengaran, baru rasa timbul kesedaran dalam nie. Yela, sebagai contoh kat pelantar apabila tengah beroperasi, ada sesetengah tempat tu melebihi 100dB. Kita paling normal pun boleh bertahan dalam 80db untuk 8 jam waktu bekerja.

Jadi, memang boleh bayang kebingitan di pelantar tu kalau kita tak pakai earmuffs atau earplugs.
Seeloknya, kita pakai kedua-duanya sekali. Kerana earmuff sahaja boleh mengurangkan kebingitan tu dalam 36dB dan earplugs dalam 38dB.

Jangan berani cuba-cuba untuk tak memakai perlindungan telinga nie. Walaupun kita tak rasa secara terus kesan kebingitan tu, namun secara tak sedar, ia akan melemahkan sistem pendengaran kita secara perlahan. Akhirnya, apabila kita buat ujian pendengaran semula untuk perbaharui medical checkupI, kemungkinan besar sistem pendengaran kita tak sama seperti 2 tahun sebelumnya.

Berhati-hati. Jangan pekak di usia yang muda. Ia tak boleh diubati apabila telah dikenal pasti ada masalah pendengaran kerana sakit nie merupakan sakit yang kekal. Lebih baik kita ikut segala peraturan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

p/s : Sempena HARI MALAYSIA! OGM ACADEMY buka promosi semua kursus Oil and Gas kami harga RM99.00 sahaja! Jadi tunggu apa lagi, cepat2 join!

Klik link ni: https://oilandgasmaster.com/all-courses/

September 19, 2019

0 responses on "Pekerja Oil & Gas Cepat Pekak?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X