Patutkah Anda Kerja Lari Bidang?

Salam Encik Aizat
 
Patut ke Saya Kerja Lari Bidang? Sebab saya tak dapat2 lagi interview position saya nak. Lagipun dah lama menganggur.
 
Apa effect dia?
 
Lately, ramai bertanya pada saya tentang isu lari bidang. Mereka tidak pasti sama ada ia benda yang betul atau tidak untuk dia buat.
 
Well, it depends. Saya akan jawab untuk situasi YES dan NO
 
Jadi,
 
Adakah kita patut Memilih kerja ke tidak?
 
Nanti Kalau Lari Bidang pun, dalam Interview Nak Jawab Macamana?
 
So akan jawab satu-satu dulu.
 

Yes Teruskan lari Bidang jika

 
1)Anda tak minat apa anda belajar dulu dan takde jiwa dan raga padanya
 
Saya tahu ada antara kita bila masuk uni dan kolej kita tidak tahu kursus kita pilih tu kita minat atau tidak. Masa pilih kursus tu kita pun baru je lepas SPM, masih terlalu muda untuk fikir nak jadi apa bila da abis belajar.Kita pun tak tahu macamana nak pilih kursus yang sesuai.
 
Tambah kita juga takde rezeki dapat kursus yang kita minat atas sebab limitasi result dan offer biasiswa, jadi kita terpaksa lah pilih kursus mana yang ada.
 
Jadi, yes, kita akhirnya tidak minat pun apa yang kita belajar dalam universiti dan kolej.
 
Untuk golongan ini, saya strongly suggest anda pilih bidang lain. Sebab zaman bekerja ni lama, bukan sekejap. Kita akan bekerja sehingga pencen selama 20-30 tahun. Kalau kita tak suka apa kita kerja, kita bakal merana untuk jangka masa yang lama.
 
Tambah, anda susah nak jadi specialist atau someone yang pakar dalam bidang tersebut jika anda tidak ada jiwa dan raga pada bidang tu. Anda sukar untuk pergi lebih jauh dalam career tersebut.
 
nanti Interview nak cakap apa?
 
Oooo….senang je. Cakap kat dia, kalau saya teruskan bidang saya sekarang tapi saya takde passion. Adakah berbaloi dan seronok untuk saya bekerja selama berpuluh tahun dalam bidang tersebut?
 
Jika saya lari bidang ke arah yang saya minat, walaupun saya tiada background strong, tapi dengan passion saya mampu untuk motivasi diri saya untuk belajar dari bawah malah belajar lebih details tentang bidang ini dan jadi specialist satu hari nanti
 
Saya dah cuba ayat ni dalam interview dan ia memang berkesan. So save ayat jawapan interview ni siap2 ok?
 
2)Sudah berkeluarga, ada banyak komitmen
 
Ada juga antara kita sudah pun bekerja lama dalam luar bidang. Ada yang 3 tahun, 10 tahun malah bepuluh tahun pun ada.
 
Dan mostly mereka sudah pun berkeluarga, ada anak bini yang perlu ditanggung. Walaupun anda rasa nak kembali bekerja dalam bidang anda, anda ada risiko untuk bermula dari bawah balik. Agak sukar untuk convince majikan jika mahu terima anda sebagai orang berpengalaman untuk bidang tersebut.
 
Jika anda tidak banyak komitmen dan sanggup ambil risiko untuk bermula dari bawah, by all means saya rasa anda patut cuba.
 
Namun, mostly saya nampak golongan seperti ini prefer untuk stay bidang mereka sekarang dan fokus pada jaga keluarga.
 
3)Desperate dan kesempitan wang
 
Ada juga antara kita dalam keadaan terdesak, ada hutang kena bayar atau kena tanggung anak bini dalam masa terdekat. Walaupun kita nak cuba juga cari kerja related dengan bidang, namun atas limitasi keadaan semasa kita terpaksa sambar je kerja yang ada.
 
Untuk golongan ini, mereka patut fokus pada yang urgent dahulu iaitu untuk survival. Once da settle, anda boleh fokus balik pada mencari kerjaya anda minat.
 
Don’t worry, masa anda akan tiba bila anda sudah bersedia.
 
Ok untuk jawapan seterusnya.
 

TIDAK, anda patut teruskan dengan bidang anda jika

 
1)Anda memang minat bidang anda belajar walaupun masih takde rezeki
 
Anda dah cuba tapi masih tak dapat interview mana-mana position anda minat. Untuk golongan ini, anda patut fokus pada :
 
A)Job Hunting techniques – yang mana anda kena kenal mana lubuk-lubuk kerja kosong Oil and Gas dan juga siapa Decision Maker dalam company. Anda kena juga belajar cari kerja melalui bina connection. Selain tu, belajar job Hunting melalui Linkedin juga penting sebab di situ ramai lagi orang yang tidak kenal cara cari kerja di Linkedin berbanding melalui job portal lain seperti Jobstreet dan lain2. Di situ, sudah ramai orang dan banyak competition.
 
B)Perbaiki Resume – walaupun job hunting anda bagus, tapi return of investment anda iaitu interview yang dapat sedikit ataupun zero. Disitu anda kena tengok balik apa yang perlu dibaiki supaya majikan tertarik dengan resume anda.
 
2)Anda tidak minat apa anda belajar, tapi bila bekerja anda minat pula sebab nampak aplikasi dunia sebenar
 
Saya merupakan salah seorang dalam situasi ini. Dulu masa universiti, saya tidak minat apa yang saya belajar iaitu Chemical Engineering. Tapi bila masuk alam pekerjaan, saya nampak aplikasi ilmu yang dipelajari dan baru rasa minat mendalam tu datang.
 
So sometimes, walaupun kita tidak minat apa yang dipelajari, anda patut cuba bekerja dalam bidang anda, dan tengok bila nampak aplikasi real life. Anda mungkin rasa lain macam dan ubah fikiran untuk stay dalam bidang anda.
 
3)Masih muda, belum berkahwin dan tiada komitmen atau life dan tidak desperate
 
Jika anda masih muda, baru bekerja tak sampai 5 tahun, bujang dan tidak desperate, by all means ambil risiko untuk terus mencuba cari kerja kosong bidang anda minat atau lompat balik ke arah bidang anda.
Sebab anda masih sempat untuk U-turn.
 
Saya ada satu nasihat yang saya terima daripada mentor,
 
“ Umur muda ini, Jangan takut untuk ambil risiko. Buat apa yang anda rasa nak buat.
 
Sebab benda paling sukar untuk diterima dalam hidup ialah biar anda rasa menyesal pada usia tua tentang apa anda patut buat pada awal waktu dahulu. Waktu tu, anda sudah terlambat”
 
Akhir kata, saya tidak mampu untuk beri nasihat terbaik untuk semua orang. Masing-masing ada situasi mereka tersendiri. Anda sahaja yang lebih memahami diri anda dan apa yang anda nak dalam hidup.
 
Buatlah keputusan terbaik untuk hidup anda.
 
Anyway, kalau ada yang rasa nak cuba nasib dalam industri Oil and Gas, saya ada buat kursus How to Join Oil and Gas, sesuai pada yang masih mencuba cari bidang yang mereka minat atau mahu lari daripada bidang mereka dan join Oil and Gas,
 
Saya ajar in details macamana nak job hunting, resume, teknik interview dan macam-macam lagi.
Boleh klik link di bawah untuk tengok details:
August 8, 2019

0 responses on "Patutkah Anda Kerja Lari Bidang?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X