OFFSHORE SPAR PLATFORM PERTAMA DUNIA – CHEVRON GENESIS SPAR

OFFSHORE SPAR PLATFORM PERTAMA DUNIA – CHEVRON GENESIS SPAR

  • Mula beroperasi pada 18 Jun 1998 di 3 tract unit dengan kedalaman 2600 ft laut Louisiana yang terletak di barat daya New Orleans, di teluk Green Canyon Blocks 160, 161 dan 205, juga merupakan genesis spar yang pertama yang mengeluarkan penghasilan dan mempunyai drilling. Genesis beroperasi dan 57% dimiliki oleh Chevron, Exxon mendapat sebanyak 38.38% interest dan PetroFina Delaware Inc. mendapat baki selebihnya iaitu 4.95%

 

  • Di Gulf of Mexico, terdapat tiga spar iaitu Chevron, Neptune dan Diana, namun Chevron Genesis Spar ni adalah yang terbesar kerana mampu menghasilkan 55 000 barrels minyak dan 72 juta cubic ft gas asli dalam sehari, juga mempunyai spar hull yang terapung, berbentuk silinder dalam diameter 122 ft, panjang dalam 705 ft dan 58 foot square moonpool dengan slot untuk drilling sebanyak 20 wells. Chevron juga mampu menampung saiz penuh drilling rig yang mempunyai kedalaman kapasiti 25 000 ft. Apabila spar telah siap, ianya dipasang sama dengan proses pemasangan spar untuk Neptune kecuali untuk beberapa deck lifts dan ianya dipam dengan ketumpatan yang tinggi ke dalam tangki di base. Selain dari itu, perbezaan antara Chevron dan Neptune ialah Chevron spar mempunyai 14 mooring lines manakala Neptune spar mempunyai 6 mooring lines.

 

  • Projek Genesis diuruskan oleh pasukan projek yang berintegrasi yang terdiri dari Chevron dan kerjasama antara Spars International Inc. (SII) iaitu kontraktor utama Chevron, J.Ray McDermott (JRM) dan Aker Maritime. Reka bentuk The Genesis Spar dan kontrak pembinaan dilakukan antara Chevron dan SII yang secara formalnya memulakan pelaksanaan projek tersebut pada 1 July 1996. Penglibatan JRM dalam projek Genesis Spar termasuklah pada reka bentuk bahagian atas Genesis Spar dan piling, pembuatan dan pembelian, mooring system, pemasangan bahagian atas dan hull, hubungan kemudahan dan commissioning, reka bentuk riser Concurrent engineering dan usaha pemasangan untuk projek ni memerlukan kerjasama dan interaksi Antara Chevron, pembuatan JRM, kumpulan kejuruteraan dan pemasangan, seperti Mentor Subsea Technology Services.

 

  • Kumpulan pembangun (riser) yang terdiri daripada Chevron dan Mentor Subsea Technology Services, telah membina reka bentuk berkonsepkan tiga top-tensioned riser system iaitu pengeluaran, export dan drilling risers. Wells di dasar laut akan diikat pada spar melalui production riser. Vendor utama telah dipilih oleh kumpulan pembangun untuk melengkapkan detail design.

 

  • Penerokaan wells telah digerudi (drill) dengan menggunakan deepwater semisub Diamond Ocean Quest, dimana ianya mempunyai keupayaan untuk drilling dalam laut sedalam 3000 ft. Fuh, dahsyat! Plan pembangunan projek ini telah diluluskan pada Jun 1996. Kos yang dilaburkan untuk projek Genesis Spar ni adalah dianggarkan sebanyak US$750 juta. Hull telah mula meningkat pada 18 Jun 1998, dan penghasilan minyak pertama adalah pada 12 Januari 1999, 33 bulan selepas menandatangani kontrak perjanjian.

 

Kalau nak belajar macamana nak cari kerja Oil and Gas, klik link di sini:

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

September 16, 2020

0 responses on "OFFSHORE SPAR PLATFORM PERTAMA DUNIA – CHEVRON GENESIS SPAR"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X