Malaysia Turuti OPEC Kurangkan Pengeluaran Minyak

OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) adalah satu badan yang memastikan harga minyak dunia dalam keadaan yang stabil. Ia juga berperanan memastikan petroleum dapat dibekalkan kepada pengguna dengan lebih efisien. Namun, daripada 97 buah negara yang mengeluarkan minyak, hanya 14 buah negara yang menjadi ahli kepada OPEC.

Indonesia yang merupakan pengeluar minyak dan gas terbesar dalam kalangan negara ASEAN telah menjadi negara pertama ASEAN menyertai OPEC. Kini, Indonesia telah membatalkan keahliannya daripada OPEC.

Tidak lupa juga, OPEC berperanan menetapkan kuota pengeluaran minyak bagi sesebuah negara. Mungkin factor ini telah menyebabkan majoriti negara-negara pengeluar minyak tidak menyertai OPEC, termasuklah Malaysia. Sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang kecil berbanding negara-negara lain seperti Russia, Malaysia merasakan kewujudan OPEC untuk menstabilkan harga minyak dunia tidak Berjaya. Malah, menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, OPEC tidak cekap dalam memastikan kestabilan harga minyak.

Walaupun demikian, Malaysia antara negara bukan ahli OPEC yang menghadiri pertemuan dan perbincangan antara ahli OPEC dan bukan OPEC mengenai kertas kerja DoC (Declaration of Cooperation). Antara kata putus dalam pertemuan ini ialah penetapan pengurangan pengeluaran minyak sehingga Mac 2020.

Keputusan ini secara langsung akan memberi cabaran buat negara Malaysia dalam meningkatkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengeluaran minyak.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

September 4, 2019

0 responses on "Malaysia Turuti OPEC Kurangkan Pengeluaran Minyak"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X