MALAYSIA PETROLEUM CLUB – Kelab untuk Group Elite Oil and Gas?

MALAYSIA PETROLEUM CLUB – Kelab untuk Group Elit Oil and Gas

 

Sudah menjadi lumrah, kita hidup bermasyarakat dan untuk mengenali antara satu sama lain. Sebab itulah, sejak bangku sekolah lagi, kita terdedah dengan kelab dan persatuan kan? Sama juga dalam dunia pekerjaan dan hobi. Contohnya, kalau kita memang fanatik kereta Honda, sudah tentulah kita menyertai berbagai-bagai kumpulan Honda yang available di dunia ni sama ada dari alam maya saja atau join secara bersemuka untuk berkongsi minat yang sama dan bertukar arah pendapat. Sama juga dengan sektor oil & gas ni. Wujudnya kelab dari bidang oil & gas ni setelah sekian lama, yang diberi nama Malaysia Petroleum Club. Walaupun telah lama sejak penubuhannya, signature kelab tersebut masih jelas menunjukkan  seseorang yang berwibawa dan bercita-cita tinggi tau, merujuk kepada design tempat kelab tersebut. Sangat cantik dan stylish! Mari kita baca.

 

Sejarah pembangunan Malaysia Petroleum Club:

  • Idea penubuhan adalah daripada Tun Azizan Zainul Abidin (28 Mei 1935 – 14 Julai 2004)
  • Tun Azizan Zainul Abidin juga merupakan CEO & pengasas PETRONAS
  • Malaysia Petroleum Club mula beroperasi pada tahun 1991
  • Malaysia Petroleum Club mula beroperasi di headquarters of PETRONAS di Dayabumi Complex
  • Rangkaian business mula mengembang menjadi lebih maju dan berpindah ke level 41, 42 dan 43 Menara Berkembar PETRONAS

Jadi, adakah hanya jurutera-jurutera Petroleum dan kimia saja yang boleh join menjadi ahli kelab ni? Jawapannya, tidak. Kelab ni terdiri dari banyak jenis golongan-golongan elit tau. Antaranya ialah:

  • Golongan ahli korporat
  • Golongan ahli diplomatik
  • Golongan ahli yang mempunyai kerjasama
  • Golongan bukan Warganegara
  • Golongan ahli kerajaan

Free ke untuk masuk Malaysia Petroleum Club ni? Semestinya berbayar ya. Kalau zaman-zaman sekolah dulu pun, ada bendahari yang kutip duit kelab, semestinya kelab untuk golongan-golongan yang sudah bekerja ni ada bayarannya. Namun, bayaran yuran ahli adalah mengikut golongan tau. Lain golongan, lain kadar bayarannya. Cuma, sekiranya kita nak masuk secara percuma, kita dibenarkan untuk masuk bersama dengan ahli kelab.

Antara kemudahan yang disediakan di Malaysia Petroleum Club ialah:

  • Ada tiga jenis restoran iaitu Tray Suite Fine Dining, Temana Brasserie Coffee House dan Seligi Pavilion Chinese Restaurant. Sangat sesuai untuk any celebration sama ada celebration bersama dengan teman-teman sekerja, romantic celebration bersama dengan pasangan dan jamuan makan bersama dengan keluarga.
  • Ruang bermesyuarat. Bukan sekadar ada bilik untuk bermesyuarat, malah ada lobby lounge dan bilik bacaan.
  • Hiburan, iaitu Bayan bar dan Samarang Music Room

 

Antara Ahli- ahli Jawatankuasa yang terlibat untuk pembangunan Malaysia Petroleum Club kini:

  • Tengku Muhammad Taufik (President)
  • Datuk Iain Lo (Vice President)
  • Points Liza Mustapha (Treasurer)
  • Datuk Hashim Wahir (General Committee Member)
  • Mr Edward Graham (General Committee Member)
  • Mr Genichi Ichikawa (General Committee Member)
  • Mrs Noor Afiza (General Committee Member)
  • Mr Sareen Risham (Club Secretary)

Basically, Malaysia Petroleum Club mengalu-alukan kita untuk menjadi ahli untuk kita tahu lebih tentang dunia oil & gas sama ada dari segi sumbernya, pemasarannya dan banyak lagi, juga untuk menyokong minat kita dengan lebih mendalam tentang oil & gas ni kerana kita akan bergaul dengan ratusan pakar yang sudah tahu selok-belok dalam dunia industri oil & gas ni. Pakar-pakar tersebut bukanlah hanya warganegara saja, malah pakar dari luar negara dan golongan elit professional. Jadi, marilah kita gali sedikit ilmu oil & gas ni dengan mendedahkan diri kita dengan surrounding yang bersesuaian dengannya. Tiada impian akan tercapai dengan sendirinya kalau bukan kita yang mencari!

Nak belajar teknik cari kerja Oil and Gas? Klik link di sini:

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

 

September 12, 2020

0 responses on "MALAYSIA PETROLEUM CLUB – Kelab untuk Group Elite Oil and Gas?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X