LPG VS LNG

Manfaat gas bumi ini sebenarnya lebih meluas daripada minyak bumi itu sendiri. Namun masih ada yang keliru antara LNG (Liquidfied Natural Gas) dan LPG (Liquidfied Petroleum Gas).

Kebiasaannya untuk kegunaan di rumah, kita menggunakan gas jenis LPG. Namun, penggunaan LNG di Malaysia ni biasanya dalam bentuk CNG (Compressed Natural Gas) untuk dijadikan bahan api bagi kenderaan NGV (natural gas vehicle)

Pada asalnya, kedua-duanya LPG dan LNG adalah dalam bentuk gas minyak bumi, namun ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan.

Kenapa perlu dicairkan? Sebab dalam keadaan cecair isipadunya akan berkurangan sehingga 600 kali (LNG 1/600 Gas Asli) berbanding ia dalam keadaan gas/wap. Ini akan membuat ia lebih praktikal untuk di angkut dengan kapal dan memudahkan proses pemyimpanan.

Meskipun sama-sama gas cecair, komponen yang mendominasi membuatkan penggunaan keduanya berbeza iaitu:
1) Kandungan LPG terdiri daripada 95% Propana manakala kandungan LNG hampir 95% adalah Metana
2) LPG biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial manakala LNG digunakan sebagai bahan bakar untuk trak tugas berat serta bahan api marin yang menggantikan minyak bahan api berat, terutama untuk kapal pesiar
3) LPG dihasilkan sebagai hasil sampingan pemprosesan gas asli dan penapisan petroleum manakala LNG disejukkan pada -161 darjah Celcius dengan menggunakan fasiliti yang lebih kompleks sebab itulah adanya kilang khusus untuk pemprosesan LNG sahaja
4) Keduanya terhasil menjadi cecair yang tidak berbau, tidak berwarna, tidak toksik dan tidak mengakis, tetapi masih boleh mendatangkan bahaya dengan mudah terbakar, membeku dan asfiksia. Walaubagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, sejenis bau telah ditambahkan kepada LPG bagi memudahkan kita mengenalpasti sekiranya terjadi sebarang kebocoran gas
5) LPG boleh berubah secara meluas dalam komposisi. Dalam tong keluli (tekanan tinggi), LPG berbentuk zat cecair, namun pada suhu dan tekanan normal, LPG yang keluar dari tong akan terus berubah menjadi gas membuatkan LPG lebih sesuai untuk penggunaan di rumah
6) LPG dihasilkan di Refinery seperti PETRONAS Penapisan Terengganu dan Melaka, Petron Refinery Port Dickson, Prefchem Pengerang dan lain2 manakala LNG didapati daripada MLNG Bintulu.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

August 26, 2019

0 responses on "LPG VS LNG"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X