LIFECYLCE OIL AND GAS ANDA WAJIB TAHU

LIFECYLCE OIL AND GAS ANDA WAJIB TAHU

 

Topik kali ini, agak lain sedikit berbanding sebelum-sebelum ini. Selalunya, OGM akan berkongsi tentang sejarah penubuhan sesuatu refinery, bagaimana pembangunan projek dilaksanakan, projek merupakan kerjasama antara siapa dengan siapa dan macam-macam lagi yang terus menuju ke sesuatu tempat atau refinery. Namun kali ini, OGM akan mendedahkan kitaran yang ada dalam projek oil and gas. Dah tahu refineries dan beberapa sektor oil and gas tapi tak tahu kitaran yang ada dalam oil and gas, tak syok jugak kan? Sharing kali ni agak panjang, tapi at least anda akan tahu satu per satu fasa yang terlibat. Selamat membaca!

  • Engineering

Kalau dah nama sektor oil and gas, sudah pastinya tak lari dari bidang engineering kan? Tapi engineering phase dalam kitaran ni, menjurus kepada reka bentuk sesuatu projek sebelum projek tersebut dijalankan. Biasanya, para engineers akan mencipta sesuatu reka bentuk termasuklah merancang proses pembuatannya dan fungsinya. Kita nak buat sesuatu perkara pun mesti akan merancang dulu kan? Begitulah untuk mendirikan sesuatu projek baru. Namun, proses yang dirancang, bukanlah hanya sekali saja, kena cuba jaya as lebih dari sekali proses untuk melaksanakan projek dilakukan sehingga succeed dan approved untuk teruskan. Reka bentuk dan proses sesuatu projek dibuat berdasarkan objektif dan kriteria projek, sintesis, analisis, pembinaan, cubaan ke atas projek dan penilaian. Bagaimana sekiranya projek menemui kegagalan? Maka, engineering phase ni akan diulangi dengan mengambil masa yang panjang lagi untuk buat semula research dan rancang untuk menjayakan projek. Fuhh..

  • Procurement

Fasa kedua ialah fasa perolehan/procurement. Umumnya, pada fasa ini, kumpulan perolehan akan melakukan kira-kira macam bajet, kos pembangunan, buat decision untuk beli bahan-bahan pembuatan dan closing untuk sign kontrak. Selepas keputusan bajet pembelian dah ditentukan, kumpulan perolehan ni akan buat rancangan, antaranya:

  • memilih hubungan dan pendekatan kontrak yang lebih sesuai untuk setiap jenis bahan yang dibeli dan perkhidmatan luar
  • menyiapkan request for quotation (RFQ), request for proposal (RFP) dan menilai peluang perkongsian
  • menilai RFQ, RFP dan perkongsian
  • memberi dan menandatangani kontrak
  • menguruskan kualiti dan prestasi tepat pada masa
  • menguruskan perubahan kontrak

 

  • Construction

Untuk fasa pembinaan ni, ia terbahagi kepada 4 fasa utama iaitu fasa perancangan, fasa pra pembinaan, fasa pembinaan dan fasa penutupan. Mari kita go thru fasa-fasa mengikut turutan.

  • Untuk fasa perancangan, seperti yang diterangkan pada fasa engineering, apa-apa perkara akan dilakukan melalui satu perancangan. Untuk fasa ini, selalunya pemilik projek, arkitek dan jurutera awam akan bersepakat untuk merancang pembentukan projek baru, dari segi kesesuaian tanah dan tempat yang digunakan, proses-proses yang bakal berlaku untuk membangunkan projek dan kos pembangunan projek. Sekiranya projek yang dibina itu mudah, maka masa yang diambil untuk siap sepenuhnya adalah singkat. Namun, sekiranya projek itu sukar dari segi reka bentuknya, prosesnya dan kos, maka agak lama untuk siapkan projek tersebut atau terpaksa merancang sekali lagi.

 

  • Untuk fasa pra pembinaan pula, arkitek projek mula akan sibuk dengan menguruskan dokumen pembangunan. Dalam bahasa seni binanya, arkitek akan start kembangkan dokumennya kepada 3 fasa iaitu fasa reka bentuk skematik (SD),  pembangunan reka bentuk (DD) dan dokumen pembinaan (CD). Pada fasa ini, pengurus pembinaan akan sibuk sangat-sangat dengan tugas-tugas utama mereka termasuklah pengekalan pasukan profesional yang lengkap, pengekalan kontraktor awam, mengembangkan anggaran keseluruhan projek, pengurusan risiko, kontrak dan insurans. Banyak kan tugas-tugas mereka dalam fasa ni?

 

  • Pada fasa pembinaan/construction, pengurus dan kontraktor pembinaan akan melaksanakan pembinaan projek mengikut skema yang dirancang. Peranan pasukan professional dalam fasa ini dipanggil Pembinaan Pentadbiran (CA). Arkitek, jurutera dan perunding dalam sesuatu projek itu akan terlibat untuk perkhidmatan CA penuh untuk melakukan pemeriksaan kawalan kualiti, mengkaji dan meluluskan penyerahan teknikal dan secara amnya memastikan bahawa projek itu diserahkan kepada kontraktor seperti dirancang. If pada fasa perancangan dan fasa pra pembinaan telah Berjaya dilaksanakan, pembinaan akan berjalan dengan lancer.

 

  • Fasa yang terakhir ialah fasa penutupan. Dengar penutupan rasa dah lega kan? Tapi sebenarnya, fasa inilah yang paling kritikal kerana if tidak diberi perhatian dengan tepat, projek yang sepatutnya baik akan menjadi masalah kepada pemiliknya. Semua maklumat projek, senarai dokumen penyelesaian pembinaan dan semua dokumen tutup seperti manual, jaminan dan perakaunan akhir mestilah diserahkan kepada client.

 

  • Installation

Installation phase ni ialah proses untuk mengumpulkan bahagian-bahagian yang berbeza dalam sistem by welding atau mechanical joint. Proses ini juga melibatkan penyambungan sumber elektrik untuk sesuatu sistem. Installation untuk kelengkapan dan sistem perpaipan dipanggil mechanical completion. Proses ini adalah untuk memastikan projek dipasang mengikut lukisan skematik, kemudian commissioning phase dan testing ke atas projek ini dilakukan. Pada installation phase ni juga, platform akan dihantar ke lokasi offshore dengan menggunakan installation barge sebaik saja platform fabrication siap di fabrication yard. Berkaitan dengan penghantaran ni, rotating engineer diamanahkan untuk memastikan kelengkapan turbomachinery kekal terpelihara mengikut cadangan dan standard vendor. Namun, sekiranya terdapat kerosakan atau safety reason ketika penghantaran platform dari fabrication yard ke offshore, fasa installation ni akan tergantung seketika.

 

  • Commissioning

Pada fasa ini, keutamaan commissioning diberikan kepada kemudahan-kemudahan utama seperti penjanaan kuasa, air dan alat-alat keselamatan kerana semua kemudahan ini yang memastikan sesebuah platform tu dah bersedia atau belum. Apabila kemudahan-kemudahan ini telah bersedia dalam peranan masing-masing, projek tersebut akan ready untuk melaksanakan proses berkaitan dengan commissioning, termasuklah kelengkapan instrumentation dan turbomachinery.

 

  • Operation

Operation phase ini merupakan fasa terakhir dalam kitaran oil & gas tetapi mengambil masa yang paling lama iaitu selama sesuatu projek atau refinery tu beroperasi. Apabila pendapatan perniagaan oil & gas melebihi bajet permulaan dan pelaburan, syarikat oil & gas akan mula buat keuntungan. Pengeluaran oil & gas biasanya akan melebihi 40 tahun, bergantung kepada kemampuan projek atau refinery yang dihasilkan tu, berapa lama dapat beroperasi, berapa besar sesuatu oil & gas field tu dan berapa mahal sesuatu projek tu untuk mengekalkan wells dan kemudahan pengeluaran oil & gas supaya  sentiasa berfungsi. Jutaan dollars dilaburkan pada setiap tahun untuk mengoperasikan dan mengekalkan sesuatu field ni. Sesuatu projek atau refinery oil & gas ni memerlukan wang yang banyak untuk dilaburkan adalah kerana untuk menjamin keselamatan pekerja-pekerja as selalu terdedah dengan bahaya seperti tumpah minyak atau letupan. Pada operation phase, operators ditugaskan mengikut shift untuk memastikan production sentiasa berjalan dengan baik. Engineers biasanya bekerja full time pada bahagian operasi ini dan selalu mengawal kesihatan juga performance pekerja-pekerja untuk maintain production.

 

  • Decommissioning

Umumnya, decommissioning phase ni wujud apabila sesuatu projek atau refinery dah tak mampu untuk beroperasi lagi. Ia merupakan satu term yang digunakan untuk describe penyingkiran production facilities dan penyingkiran tempat simpanan oil & gas yang tak lagi memberikan profit. Biasanya, term ni digunakan untuk refer kepada offshore facilities. Offshore oil and gas platform sangat-sangat besar dan menggunakan bahan-bahan yang sangat banyak ketika pembinaannya. Jadi, apabila facility onshore dirombak dan dirobohkan, bahan-bahan yang digunakan ni boleh reclaim.

 

Kesimpulannya, untuk mendirikan sesuatu projek terutamanya dibawah oil and gas, kitaran projek memerlukan stages yang sangat banyak dan complicated. Setiap stage pula memerlukan kos yang sangat tinggi dan komitmen teknikal yang kukuh untuk merealisasikan potential yang cemerlang dari bakal sesuatu projek ni dapat hasilkan.

 

Kalau nak belajar tentang teknik cari kerja Oil and Gas, klik link di sini:

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

September 20, 2020

0 responses on "LIFECYLCE OIL AND GAS ANDA WAJIB TAHU"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X