Kerja Minyak dan Gas Risiko Penyakit Parkinson?

Pertama kali mendengar persoalan ini, seakan tidak percaya, adakah benar kerja dalam industri minyak dan gas ini boleh menyebabkan kita mendapat penyakit sedemikian.

Sebenarnya, kerja dalam industri memang sangat berisiko kerana kita terdedah dengan bermacam-macam jenis bahaya termasuk bahaya daripada pendedahan kimia.

Oleh sebab itu, keselamatan menjadi prioriti bagi setiap syarikat yang terlibat dalam industri ini. Seperti mana dalam PETRONAS, ada 10 peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Ia dikenali sebagai ZETO Rules. Ada ungkapan juga yang dikenalkan oleh PETRONAS iaitu “No Work Is So Urgent That We Cannot Do Work Safely”. Begitulah manifestasi peri pentingnya keselamatan dalam industri ini.

Namun demikian, mengapakah persoalan ini masih timbul dan apa punca kepada penyakit ini? Dalam pemprosesan gas, ada satu elemen yang turut hadir Bersama ialah merkuri atau nama klasiknya raksa. Merkuri boleh hadir atau wujud dalam beberapa keadaan seperti wap (vapour) ataupun elemental. Cerita kesan merkuri ini sangat sinonim dengan kejadian yang menimpa di Minamata, Jepun dalam sekitar tahun 1950.

Namun, kesan dan impaknya baru dirasai selepas puluhan tahun. Malah, sehingga kini masih ada generasi yang terkesan akibat daripada peristiwa itu. Pendek kata, kesannya boleh diwarisi turun temurun melalui genetik. Kebanyakkan mangsa mempunyai masalah system saraf dan penyakit Parkinson adalah salah satu yang terpaksa dihadapi oleh mereka.

Impak dan kesan merkuri ini sangat jarang untuk dirasai serta merta oleh mangsa yang terdedah dengannya. Ia mempunyai kesan jangka panjang kerana merkuri telah bertapak dalam tubuh badan mangsa. Berikut merupakan 3 cara merkuri boleh memasuki tubuh badan kita yang bekerja dalam industri minyak dan gas ini, iaitu;

1. Pernafasan
Dalam industri minyak dan gas, lebih kerap hadir atau wujud dalam bentuk vapour. Keadaan ini amat bahaya kerana ia mudah untuk memasuki tubuh badan manusia jika peralatan pernafasan yang sesuai tidak dipakai ketika berada pada Kawasan yang telah dikesan mempunyai merkuri. Mungkin simptom awal yang kita boleh kenalpasti ialah gangguan pernafasan. Namun, keadaan ini tidak mampu memberi maklumat yang tepat kerana kebanyakkan gas-gas berbahaya juga akan menyebabkan gangguan pernafasan pada diri kita. Pekerja yang paling berisiko untuk dimasuki merkuri melalui kaedah ini ialah pekerja yang menyelenggara saluran paip gas yang telah dikenalpasti mempunyai kandungan merkuri.

2. Kulit
Merkuri juga mampu memasuki tubuh badan manusia melalui sentuhan kulit. Sebagai contoh, pekerja yang terlibat dengan pembersihan tangki pemprosesan gas kemungkinan akan terjumpa merkuri dalam bentuk elemental. Dan jika tidak merkuri elemental ini tidak diurus dengan betul, maka potensi tinggi untuk pekerja menyentuh atau memegang merkuri tersebut. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan merkuri akan amalgam (menyerap) dengan kulit mereka. Simptom awal melalui cara ini ialah kulit akan rasa gatal-gatal.

3. Penghadaman
Kaedah merkuri memasuki tubuh badan kita melalui penghadaman sangat jarang berlaku. Namun, ia tidak bermaksud kaedah ini tidak mampu untuk berlaku kerana kejadian di Minamata juga majoriti berlaku melalui cara penghadaman. Hal ini terjadi apabila sisa buangan merkuri tidak diurus dengan baik dan dibuang ke laut ataupun sungai. Hidupan laut seperti ikan yang tercemar dengan merkuri akhirnya dimakan oleh manusia. Melalui ikan tercemar tersebut, secara tidak langsung telah mengakibatkan merkuri memasuki tubuh badan kita.

Kesimpulannya, merkuri merupakan satu elemen yang sangat berbahaya dan perlu diketahui oleh semua pekerja yang terlibat dalam industri minyak dan gas ini. Oleh itu, sangat penting bagi semua pihak yang terlibat untuk menilai risiko dan bahaya di Kawasan tempat kerja yang telah dikenalpasti mempunyai potensi merkuri.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

September 2, 2019

0 responses on "Kerja Minyak dan Gas Risiko Penyakit Parkinson?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X