Kenapa Petrochemical Company Berada Bersebelahan Sesama Mereka dan Bukan Berjauhan

Kenapa Petrochemical Company Berada Bersebelahan Sesama Mereka dan Bukan Berjauhan?

 

Company Besar-besar macam Petronas, BASF, Lotte Chemical dan lain2 biasanya duduk dekat-dekat, jiran-jiran je belaka seperti di Kerteh, Gebeng, Pasir Gudang, Bintulu dan di Pengerang?

Kenapa tak nak duduk asing-asing di KL ke, Shah Alam ke, Penang ke, Kuala Terengganu dan tempat-tempat lain?

Ada banyak sebab dan sebab paling utama ada 3. Jom kita kaji

1)Isu Feedstock (Bahan Mentah)

Biasanya Petrochemical Company running 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari setahun. Bahan mentah akan digunakan secara berterusan sehinggalah tiba masa ‘Shutdown’ atau ‘Turnaround’.

Untuk bisnes petrochemical itu dapat banyak untung, mereka perlukan bahan mentah tu sedekat yang boleh sebab dapat jimat kos pengangkutan dan piping installation dan maintenance.

Kalau jauh-jauh, mereka perlu ada kos banyak untuk piping dan logistics untuk bawa bahan mentah secara berterusan

2)Isu Utiliti Air dan Elektrik, Hydrogen dan lain2

Petrochemical ni macam rumah kita juga, kena pakai electric dan air. Cuma bil diorang bukan biasa-biasa la. Diorang ni Berjuta Ringgit sebulan! Equipment diorang seperti boiler, furnace, water treatment dan lain dah la running 24 jam, memang kena berjuta la bil mereka.

Itu kalau kos utility dekat Kerteh, Gebeng yang memang ada pusat utiliti CUF (Centralised Utility Facilities). kalau Petrochemical company decide untuk buat sendiri pusat utiliti kos nya berkali ganda lebih tinggi sebab maintenance, manpower dan feedstock juga mereka perlu tanggung. At least bila ada centralised utility, diorang tak perlu risau da pasal tu.

3)Dekat dengan Port dan Kemudahan Lain

Antara faktor lain yang menyebabkan petrochemical company ni duduk setempat ialah nak dekat dengan port dan juga kemudahan tangki-tangki untuk storage.

Setiap kali produk petrochemical siap, mereka perlu ship domestik dan international. Kalau domestik boleh buat melalui tren dan lori. Kalau international biasanya melalui pelabuhan kapal.

Kemudahan tangki juga memain peranan sebab nak letak produk mereka sementara dieksport dan juga tangki untuk simpan bahan mentah.

So thats why biasanya kalau nak kerja petrochemical ni tak lari daripada Complex utama di Kerteh, Gebeng, Pasir Gudang, Bintulu dan upcoming di Pengerang.

Namun, wujud juga Petrohemical asing dari lain seperti di PETRONAS Fertiliser Kedah Gurun, Penapisan Minyak Melaka dan Fertiliser Sabah Sipitang atas sebab-sebab tertentu. Namun mereka tidak lari dengan 3 isu utama di atas.

P/S: Sapa2 berminat nak belajar Oil and Gas Downstream boleh klik link di bawah:

https://oilandgasmaster.com/course/introduction-to-oil-gas-1/ 

September 6, 2020

0 responses on "Kenapa Petrochemical Company Berada Bersebelahan Sesama Mereka dan Bukan Berjauhan"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X