Kenapa Orang Cakap Kena Ada Cable Baru Dapat Kerja Oil and Gas?

Kenapa Orang Cakap Kena Ada Cable Baru Dapat Kerja Oil and Gas?

 

Ramai cakap nak dapat kerja Oil and Gas mesti ada cable baru senang. Setuju? Ofkos korang setuju sebab itu yang kita selalu nampak di depan mata dan juga orang keliling kita.

 

Kita nampak ada kawan dapat kerja sebab bapak dia kerja situ. Adik beradik dia ataupun saudara mara dia. Walaupun saya dahulu masa graduate tidak pakai cable untuk cari kerja, namun bila dah start kerja saya nampak ada ramai juga yang dapat kerja dengan mudah menggunakan cable. Tak perlu susah-susah apply Jobstreet dan pergi sana sini interview semua.

 

Walau sepahit dan segeram mana korang rasa pun, hakikat orang guna cable takkan hilang dari dunia. Yang menariknya, majikan sendiri juga kebanyakan prefer cari candidate melalui cable. Walaupun bunyi macam pelik, actually korang akan rasa masuk akal bila korang sendiri kena cari staf baru di bawah jagaan korang.

 

Bila saya sendiri hendak mencari intern dan staf entry level baru di syarikat saya kerja dulu, saya telah melalui role untuk cari candidate dan akhirnya saya faham kenapa majikan prefer cari candidate melalui cable. Saya ceritakan dua situasi sebagai majikan dalam mencari candidate:

 

Situasi A: Cari Candidate Secara Terbuka (Bukan Guna Cable)

 

Saya dulu pernah cari candidate intern dan entry level untuk company saya. Apa saya buat saya iklankan merata-rata di semua tempat. Facebook, Linkedin, Telegram, Whatsapp dan sebagainya. Nak bagi peluang terbuka kan. Adil dan saksama la orang kata.

 

Dan berikut ialah response yang saya dapat:

 

  • Jumlah candidate yang sangat ramai. Inbox Email dan DM banyak masuk. Hari yang kita post tu dalam sejam dua dapat dah respon. Ok la instant response kan. Tapi yang masuk terlalu banyak. Sampai saya tak tertengok. Last2 inbox penuh, DM penuh orang tanya pasal kerja kosong. Tapi kita nak candidate sorang je. Jenuh nak filter satu-satu.

 

  • Candidate yang relevan, sesuai amatlah sedikit. Walaupun kita dah mention specific requirement, background yang diperlukan etc, yang candidate menepati semua tu amatlah sikit. Kadang macam takde je. Kalau ada pun, tak boleh masuk kerja waktu tu la, takde transport la dan macam-macam sebab (baca: alasan) diorang bagi. Macam suruh kita lak fikirkan untuk dia solusi. Pandai-pandai la fikir solusi sendiri. Korang yang nak kerja kan. Lebih kurang macam tu la suara hati kita bila melayan diorang ni. Tapi kita cakap leklok je dekat diorang. Tak marah-marah pun ye.

 

  • Candidate yang tidak relevan, tak sesuai amatlah banyak. Macam saya cerita tadi, candidate yang relevan sikit je, tapi yang tak relevan ni yang ramai. Saya rasa kalau secara generalnya, dalam 5% je candidate yang sesuai. 95% tu semua tak sesuai. Ada yang background lari bidang la, ada yang dah bekerja nak dekat 10 tahun tapi nak apply entry level la, dan macam-macam lagi.

 

  • Soalan-soalan Candidate yang tidak matang dan renyah plus attitude yang teruk. Ni yang saya rasa paling menguji kesabaran kita. Kadang soalan diorang tu rasa macam kita yang nak sangat dia. Tak tau la nak describe macamana tapi tu la rasa dia. Contoh :

– tanya “ada buat kerja berat-berat ke?”

– tulis “pm kerja kosong”

– tanya buat kerja apa walaupun da terang-terang tulis kat iklan

– tanya “saya nak tapi takde transport, takde rumah nak duduk. Macamana ya”. Benda ni pandai-pandai lah fikir.

– tanya “ada job lain tak yang sesuai dengan background saya? ”ibarat cari kerja macam cari baju kat kedai

 

Kalau orang-orang macam ni sikit takpe la. Kesabaran within range lagi. Tapi masalahnya ramai sangat.

 

  • Nak go through resume berpuluh2 pun da rasa penat. Kalau beratus-ratus resume GG. Takkan nak panggil semua orang untuk interview betul tak? Kena la pilih dan shortlist yang terbaik baru panggil interview.

 

Situasi B: Cari Candidate Secara Tertutup (Guna Cable)

 

Saya juga cuba cari candidate melalui cable iaitu pada orang saya kenal. Tapi bukan sebarang kenalan. Orang yang saya tahu dia ada semua atau at least sedikit sebanyak criteria yang diperlukan.

 

Contoh dia memang ada background relevan atau pengalaman dalam bidang yang sama. Kita da filter siap-siap da siapa candidate yang relevan.

 

Apa yang beza berbanding situasi A adalah berikut:

 

  • Jumlah candidate dalam 5-10 orang je. Inbox Email dan DM tak full.
  • Candidate semua relevan atau at least ada relevan dengan requirement.
  • Candidate tidak relevan? Zero
  • Soalan-soalan candidate yang relevan ni takde la semua yang OK. Ada je yang tak OK macam contoh saya sebut di atas tadi. Namun sebab sedikit jumlah orang ni jadi still within range kesabaran kita. Jadi kita pun sempat melayan ataupun tegur, tak bluetick candidate dan sebagainya.
  • Resume yang perlu screen sikit je. Malah nak panggil semua candidate ke interview pun takde hal. Ada masa untuk interview semua sekaligus.

 

Jadi dengan situasi di atas, kalau korang dalam posisi yang sama macam saya, mesti korang pun prefer Situasi B, betul? Realitinya begitulah. No wonder majikan prefer guna cable sebenarnya. Bukan kita je nak ada cable, tp majikan pun sama.

 

Tapi, macamana pula candidate di luar sana yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang takde cable? Adakah mereka takde masa depan dalam Oil and Gas?

 

Macam saya cakap tadi, saya dulu dapat kerja boleh je tanpa guna cable. Apply betul-betul kat Jobstreet Linkedin dan pergi interview merata-rata. Boleh je sebenarnya.

 

Tapi soalan emas dia bagaimana? Dengan situasi sekarang asyik dengar susah nak dapat kerja la. Ekonomi down la. Oil price naik turun la.

Untuk menjawab soalan tu, kita kena belajar teknik saya panggil Tips Bina “Cable” Oil and Gas Daripada Zero. Nantikan next entry saya untuk tips ni.

Kalau korang nak cepat, cuba komen skit. Kalau ramai semangat la sikit saya nak tulis cepat. Hehe

 

P/S: Boleh cek kursus How to Join Oil and Gas saya di sini. Dah ramai join kursus ni dan berjaya dapat kerja Oil and Gas. Klik di Sini

 

January 26, 2020

0 responses on "Kenapa Orang Cakap Kena Ada Cable Baru Dapat Kerja Oil and Gas?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X