KENAPA GAS DIBAKAR DI PELANTAR MINYAK?

Sekiranya anda berada berdekatan dengan kawasan pelantar minyak mahupun kawasan perindustrian minyak pasti anda pernah melihat nyalaan api atau “Gas Flare”.

Nyalaan api yang anda lihat itu adalah dari corong asap yang dinamakan Flare Stack. Flare stack adalah menara terakhir dari proses perolehan minyak di sektor upstream dimana semua gas asli yang telah dipisahkan dari minyak akan dialirkan ke flare stack tersebut untuk dibakar.

Ok jadi kenapa gas ni perlu dibakar? Padahal gas ni kan salah satu sumber tenaga yang banyak manfaatnya? Jawapannya bagi mengelakkan pengumpulan gas yang membahayakan, flare stack digunakan sebagai langkah keselamatan.

Fungsi “Flare Stack”:
1) Membakar Gas Masam. Biasanya apabila terdapat sejumlah besar hidrogen sulfida dalam gas asli, ia tidak dapat diekstrak dengan selamat. Untuk melupuskan gas ini, ia dibakar. Apabila gas dibakar, hidrogen bertukar kepada air dan sulfur menjadi sulfur dioksida.
2) Pengujian Kandungan. Kadangkala semasa penggerudian sumur minyak dan gas asli, perlu dilakukan pengujian kandungan. Pembakaran semasa penggerudian digunakan untuk menentukan jenis gas dan minyak di dalam telaga. Pembakaran mungkin tidak perlu dilakukan jika pelantar minyak itu cukup dekat dengan saluran paip di mana pengujian minyak berlaku. Jika ini adalah telaga penerokaan, pembakaran mesti dilakukan untuk menentukan peralatan yang diperlukan untuk mengeluarkan gas dan minyak dengan selamat dan betul
3) Semasa pengekstrakan minyak dan gas berlaku, kadangkala bahan kimia, lumpur atau fracking cecair boleh tercemar dengan gas asli. Ini memerlukan pembakaran untuk mengeluarkan gas dari produk sisa ini.

Ada yang menyalah anggap bahawa pembakaran gas asli ini berbahaya kepada alam sekitar dan menyumbang kepada perubahan iklim, tapi sebenarnya, pembakaran gas asli ini penting kerana gas metana adalah komponen utama gas asli dan merupakan gas rumah hijau yang boleh menyebabkan pemanasan global seperti karbon dioksida, tapi gas metana adalah 20 kali lebih berbahaya dari karbon dioksida.

Oleh itu, pembakaran gas asli penting kerana ia menghasilkan gas rumah hijau yang kurang dan menjamin alam sekitar yang lebih bersih.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

August 28, 2019

0 responses on "KENAPA GAS DIBAKAR DI PELANTAR MINYAK?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X