KEMAMAN BITUMEN JUGA ADALAH SEBUAH REFINERY?

KEMAMAN BITUMEN JUGA ADALAH SEBUAH REFINERY?

Seperti yang kita tahu, Terengganu memang kaya dengan kilang oil & gas seperti yang terdapat di Kemaman dan Paka. Jadi, pada hari ini, kita akan didedahkan tentang Kemaman Bitumen. Kemaman Bitumen tu refinery ke?

 

  • Kemaman Bitumen Company digabungkan di Malaysia pada 21 April 2003 dan mulakan operasi pada tahun 2008.
  • Kemaman Bitumen Company ini dimiliki oleh Tipco Asphalt Public Company Limited (Thailand) dan merupakan anak syarikat Kemaman Oil Corporation Sdn Bhd (KOC)
  • Kemaman Bitumen Company terletak di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman, Terengganu, while pejabatnya terletak di Empire Subang.
  • Kemaman Bitumen Refinery ini menghasilkan dan trade petroleum and petrochemical products seperti berbagai-bagai grades bitumen, Vacuum Gas Oil (VGO), Atmospheric Gas Oil (AGO), Kerosene, Naphtha, and bahan bakar minyak.
  • Kemaman Bitumen Refinery menyasarkan pengeluaran sebanyak 800 000 sehingga 1 000 000 tons bitumen per annum. Banyak kan? Banyaknya hasil pengeluaran bitumen ni sehingga Kemaman Bitumen mampu untuk menjadi supplier utama dan akan cover kekurangan bitumen semasa.
  • Kemaman Bitumen mendapat kelebihan untuk access teknologi terkini tentang bitumen dan produk bitumen dan kegunaannya untuk pembinaan jalan raya dan penyelenggaraannya.
  • Kemaman Bitumen Company meluaskan kawasan pemasarannya ke kawasan Asia-Pacific (lebih dari 20 buah negara seperti Thailand, Vietnam, Australia, New Zealand, China, India, Indonesia dan banyak lagi)

 

Pengetahuan tambahan, jom kita tahu serba sedikit kegunaan non asphalt products yang dihasilkan dari Kemaman Bitumen Company ni termasuklah kegunaanya.

 

  • Naphtha = feedstock untuk petrochemical industry dan Motor Gasoline Blending
  • Kerosene = bahan bakar penerbangan
  • Atmospheric Gas Oil = feedstock untuk Gas Oil Blending
  • Fuel oil = untuk refinery cracker units

 

Kemaman Bitumen Company ini mampu memuatkan seramai 51 sehingga 200 orang pekerja. Antara manfaat yang akan dapat sekiranya bekerja di company ini ialah manfaat dari segi perubatan, elaun yang lumayan, sokongan pelajaran, pergigian, parking percuma dan jagaan kesihatan secara berterusan. Uish, siapa je yang taknak kan? Dress code untuk bekerja di sini, seperti biasa, pakaian formal seperti dalam office dan sudah tentu, ketika operation di refinery, pakai uniform coverall dan safety equipment. Company ini sangat mengambil perhatian tentang kriteria employees yang sangat aktif untuk menyumbangkan tenaga, dapat bekerja seperti memang terlatih dan dapat sumbang mentorship seperti seorang professional.

 

Namun, buat masa sekarang, permintaan untuk pekerjaan di company tersebut tutup due to enough employees yang diperlukan. Seperti kriteria yang diperlukan oleh company ini, agak sukar sekiranya kita belum berpengalaman namun mesti bekerja seperti ada pengalaman. Begitu juga kebanyakan permintaan kriteria dari company lain. Oleh itu, sebelum kita apply pekerjaan di mana-mana company, kita harus prepare diri kita dengan training yang dapat menyumbang kepada minat kita juga menyumbang kepada jenis pekerjaan yang bakal kita apply. All the best!

 

Kalau nak belajar teknik buat resume Oil and Gas, klik link ni
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

 

September 20, 2020

0 responses on "KEMAMAN BITUMEN JUGA ADALAH SEBUAH REFINERY?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X