Gate Valve Oil and Gas VS Gate Valve Terbesar Dunia

Gate Valve Besar Oil and Gas VS Gate Valve Terbesar Dunia

 

Tahun lepas kita digemparkan dengan installation gate valve terbesar dunia di Loji Air Texas USA.

Saiz 108 inch dan 40 kaki tinggi dipasang untuk application regulate air dalam pipe besar dan high pressure.

Namun, adakah dalam Oil and Gas takde application valve besar-besar macam Loji Air Texas ni?

 

Sebenarnya, ADA! Tapi di mana?

 

Ia ada dekat Oil Refinery di bahagian Delayed Coker Unit. Kat Malaysia, tak semua refinery ada Unit ni. Hanya PETRONAS punya sahaja ada. Refinery Hengyuan (dahulu Shell) dan Petron tidak ada.

 

Valve yang dipasang sini la yang paling besar dalam plant. Saiz sebesar lebih kurang 60 inch dan 29 kaki tinggi. Besar la tu walaupun tak boleh challenge Saiz Valve Loji Air Texas. Tapi banyak oil refinery merata dunia ada pakai valve ni.

 

Valve ni dipasang di antara coke drum dan coke discharge pit dan digunakan untuk tujuan ‘Unheading”.

 

Apa benda Unheading ni? Potong kepala orang ke? Hehe

 

Unheading dalam unit coker ni untuk keluarkan coke yang dah dikorek dan juga air keluar daripada coke drum.

Zaman dulu, proses bukak tutup valve ni manual je tau. Kena ada orang kat situ bukak tutup valve all the time. Dan proses ni sangat bahaya sebab handle coke, steam dan air yang panas dan kotor.

 

 

 

Kadang senang untuk accident juga dan coke spill over dekat area situ dan juga explosion. Banyak hazard dan kemalangan boleh berlaku.

 

Jadi gate valve ni kini dah fully automated pakai hydraulic untuk bukak dan tutup valve ni.

 

P/S: Nak belajar details pasal dunia Oil and Gas dan proses yang ada, boleh tengok kursus Introduction Oil and Gas di sini

 

February 1, 2020

0 responses on "Gate Valve Oil and Gas VS Gate Valve Terbesar Dunia"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X