Gas District Cooling GDC di Malaysia?

Gas District Cooling (GDC) di Malaysia

Soalan, apa tu District Cooling (DC)? DC ni ialah satu sistem atau pusat pengeluaran dan pengedaran chilled water dari plant penyejukkan kepada kawasan perumahan, yang diagihkan melalui underground pipes. Senang cerita, chilled water dari DC ni dihantar melalui underground pipes untuk rendahkan suhu indoor bangunan antara satu bangunan ke satu bangunan yang lain. DC ni diukur menggunakan unit RT iaitu Refrigeration Ton, bukan Retweet ya..

Sedikit sejarah pasal district cooling ni sebelum kita move forward to GDC di Malaysia. Pada awal abad ke-14, district heating system dah wujud di satu kampung kat Perancis, iaitu Chaudes-Aigues Cantal dengan menghantar warm water melalui wooden pipes je, dan sistem tu still guna sampai sekarang! Wow! District heating system di Perancis tu merupakan district tertua dunia. Then, pada tahun 1877, Birdsill Holly mewujudkan komersial district heating system pertama di Lockport, New York. So dari district heating tu, terwujudnya district cooling pada awal abad ke-19 yang promote bahawa district cooling ni akan bagi udara yang bersih dan sejuk ke kawasan perumahan melalui underground pipes. District cooling system yang pertama beroperasi di Denver’s Colorado Automatic Refrigerator Company pada akhir tahun 1889.

Gas District Cooling (GDC) di Malaysia:

1)Gas District Cooling di Putrajaya merupakan district cooling terbesar di Malaysia.
 
2)Cover kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) & Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
 
3)Gas District Cooling mengandungi total kapasiti sebanyak 59 MW elektrik, 442 ton per jam steam, 147 000 RT dan 238 000 RT per jam chilled water.
 
4)Scope of services: Detailed design & site supervision works
 
5)GDC di Putrajaya dimiliki sepenuhnya oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) dimana diambil alih oleh KLCC, juga merupakan anak syarikat sepenuhnya under PETRONAS (64.41%), Khazanah Nasional Bhd (15.59%) dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20%).
 
Wahhh, GDC ni anak syarikat PETRONAS juga rupanya!
 
 

Senarai GDC di Malaysia:

 
1) GDC Putrajaya (GDC terbesar di Malaysia) – ada 5 plants iaitu Plant 1, Plant 2, Plant 3, Wisma Putra Plant & Putrajaya International Convention Centre (PICC)
 
2) Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
 
3) Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
 
4) Bangsar District Cooling Plant
 
5) UKM District Cooling Plant
 
6) Malaysia Institute Of Nuclear Technology
 
7) Hospital Serdang
 
8) MBSA (Shah Alam Municiple)
 
9)1 Borneo
 
10) Institute Jantung Negara (IJN)
 
Jadi, apa kaitannya GDC dengan oil & gas ni? Kalau nak tahu, dalam GDC ni, ada beberapa proses yang sama digunakan dalam oil & gas seperti menggunakan chiller, turbine, boiler dan sebagainya. Equipment, instrumentation & proses yang sama digunakan dalam GDC boleh dipelajari seperti yang dibelajar di oil & gas. Jadi, yang bekerja di GDC tapi minat sektor oil & gas, still boleh menceburi bidang oil & gas.
 
P/S: Sapa2 berminat nak belajar Oil and Gas boleh klik link di bawah
 
 
September 6, 2020

0 responses on "Gas District Cooling GDC di Malaysia?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X