Fakta Anda Wajib Tahu Tentang Platform Resak

Fakta Anda Wajib Tahu Tentang Platform Resak.

 

Tahukah korang berapa banyak pelantar yang terdapat dalam Malaysia? Menurut Petronas Annual Report 2015, negara kita ini mempunyai 349 pelantar minyak dan gas kesemuanya dimana 6 platform telah diberhentikan perkhidmatannya. Kesemua pelantar ini beroperasi di 198 lapangan. Jadi bagi yang berkeinginan nak bekerja dalam bidang OnG bukanlah suatu alasan kalau tidak dapat cari kerja.

Secara kasarnya, minyak dan gas di Malaysia ini sangat berkualiti tinggi. Mana tidaknya, negara kita mampu bekalkan 35 jenis minyak dan gas ke peringkat antarabangsa.

Namun hari ini, kita bukan nak sembang pasal berapa banyak pelantar yang beroperasi, tetapi kita nak sembang tentang suatu platform yang terdapat di Kerteh. Platform itu adalah Platform Resak. Antara fakta yang wajib korang tahu mengenai platform ini adalah :

  • Platform Resak merupakan antara platform yang terawal ditubuhkan kerana platform ini  mengamalkan sistem PSC iaitu Production Sharing Contract dengan kerajaan Malaysia.

 

  • Merupakan platform yang beroperasi 100% bawah Petronas.

 

  • Projek Platform Resak adalah projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia selaras dengan kepentingan Malaysia yang mempunyai hampir 81.7 trillion cubic feet gas asli.

 

  • Merangkumi dua platform offshore dan satu onshore iaitu Resak Drilling Platform A (RDP-A), Resak Central Production Platform (RCPP) dan Resak Onshore Gas Terminal (Resak OGT).

 

  • Setiap bahagian mempunyai peranan masing – masing, sebagai contoh RCPP merupakan nadi bagi Resak Platform kerana di sini terletaknya fasiliti, generator kuasa, kuarters kediaman dan macam – macam lagi.

 

  • Dibawah Petronas CariGali Sdn. Bhd. , platform ini terletak di kawasan Timur Laut Kerteh dengan berjarak 135km (pipeline) untuk sampai di kawasan operasi.

 

  • Kelebihan yang terdapat pada Platform Resak adalah sejak tahun 2000, platform ini mampu menghasilkan 400 MMSCFD (million standard cubic feet per day) gas asli dan 13000 bpd (barrel per day) minyak. Tak kurang juga, platform ini jugak mampu bekalkan sehingga 15% gas serata semenanjung Malaysia.

 

  • Menurut sebuah syarikat yang bernama HERNIS, Resak Platform merupakan platform kedua terbesar yang pernah mereka bekerjasama. Sebab apa? Dalam platform ini sahaja terdapat lebih 400 controlled system bagi memudahkan segala pekerja melakukan perbincangan dan controlled system ini juga memudahkan dengan memberikan intergrated supervision dalam menjalankan kerja.

Kalau nak belajar tentang cara nak cari kerja Oil and Gas, klik link di sini

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

September 16, 2020

0 responses on "Fakta Anda Wajib Tahu Tentang Platform Resak"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X