Fakta Anda Wajib Tahu Tentang MLNG Bintulu Sarawak

Fakta Anda Wajib Tahu Tentang MLNG Bintulu Sarawak

Di Malaysia, pernah tidak kita terfikir bahawa negara kita telah mencipta sejarah suatu ketika dahulu di mana kita pernah menubuhkan sebuah kilang gas asli yang beroperasi setempat terbesar di dunia. Kalau korang semua nak tahu itulah Malaysia LNG  yang bertempat di kawasan hulu Bintulu Sarawak.

Terlebih dahulu mari kita tengok apa yang dimaksudkan dengan LNG dan apa pulak yang dimaksudkan dengan liquefaction train yang digunakan dalam MLNG ini.

  1. Untuk pengetahuan semua, LNG bermaksud Liquefied Natural Gas dan selalunya tempat ini beroperasi sebagai salah satu tempat bagi pembuatan dan pemprosesan minyak mentah kepada bentuk cecair dan gas.
  2. Dalam pada itu, liquefaction train ini pula adalah sejenis heat exchanger yang terdapat dalam setiap LNG, di mana fungsinya adalah untuk merendahkan gas asli sehingga -160°C sebelum dibawa dengan LNG carrier.
  3. Terdapat sejarah yang perlu kita tahu dalam penubuhan MLNG ini.Secara asasnya, MLNG (Malaysia LNG) merupakan project yang dijalankan hasil gabungan PETRONAS, Mutsibishi Corporation and Sarawak  State Government.
  4. Ianya juga merupakan kilang gas asli yang dibina di atas tanah yang seluas lebih 300 hektar bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu bagi operasi pemunggahan dan perkapalan.
  5. Bermula sejak tahun 1971, dengan penemuan gas asli di perairan Sarawak yang mampu mencecah 509 juta meter kedalaman.
  6. Pelbagai usaha dilakukan di mana antaranya Malaysia dan Shell telah mendatangani persetujuan bersama dalam membangunkan MLNG .
  7. Setelah beberapa tahun, Petronas dan Mitsubishi serta Shell telah mendatangani perjanjian akhirnya MLNG ditubuhkan pada tanggal 1978. Selepas itu, MLNG lebih berkembang dengan mengoperasikan lebih banyak minyak mentah dengan membina lagi MLNG, iaitu MLNG DUA ( June 1992) dan MLNG TIGA (November 1995).
  8. Fungsi asalnya adalah dengan memfokuskan projek liquefied yang pertama di Malaysia. MLNG  yang menjadi medan operasi telah mempunyai 9 liquefied trains secara keseluruhan dimana setiap 3 terbahagi kepada setiap satu MLNG.
  9. Dalam projek liquefied ini, teknologi yang digunakan adalah berasaskan Air Products & Chemicals Inc dimana ia merupakan Propane Pre – Cooled Mixed Refrigerant  (C3 – MR) liquefaction concept. Konsep yang diketengahkan ini memang hebat, sehinggakan diyakini oleh negara import lain seperti Jepun sebagai salah satu gas mempunyai 100% delivery rate yang terbaik sekali dalam dunia. Hebat!!!
  10. Selain itu, terdapat beberapa fakta menarik mengenai MLNG ini. Antaranya, Mempunyai production site yang terbesar di dunia berbanding LNG yang lain (2.75 million tons per annum), merupakan satu – satunya pembekal kedua terbesar bagi negara Jepun iaitu merangkumi 13%, satu- satunya yang berjaya bertahan 100% delivery rate liquefaction gas sehingga diyakini LNG yang boleh bergantung dalam menjadi pembekal kepada seluruh dunia dan LNG pertama di dunia yang beroperasi  dalam satu kawasan sahaja sehingga diambil alih oleh Qatar.

 

Secara kesimpulannya, negara kita sememangnya sebuah negara yang sangat kaya dari segi bahan mentah sejak dari dahulu. Bagi sesiapa yang berminat dalam bidang Oil and Gas, mungkin MLNG adalah salah satu destinasi pekerjaan yang boleh anda terokai dalam sektor kerjaya kelak.

Kalau nak belajar teknik cari kerja Oil and Gas, boleh klik di sini

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

September 2, 2020

0 responses on "Fakta Anda Wajib Tahu Tentang MLNG Bintulu Sarawak"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X