Drone penyelamat industri minyak & gas?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pesawat udara tanpa pemandu (unmanned aerial vehicles, UAV) atau lebih dikenali ramai sebagai dron, sudah mendapat tempat dan perhatian daripada masyarakat di negara ini. Ada yang menggunakan dron ini untuk mengambil gambar ataupun video dari kedudukan yang tinggi.

Zaman era Industri 4.0 sekarang ini, pelbagai bidang telah menggunakan dron dalam membantu perjalanan operasi sektor mereka seperi bidang pertanian, pembinaan, ketenteraan dan lain-lain lagi. Industri minyak dan gas juga turut terlibat dalam penggunaan dron untuk beberapa skop ataupun bidang kerja yang memerlukannya.

Sebagai contoh, SHELL telah melancarkan penggunaan dron untuk pemeriksaan Flare Stack. REPSOL pula bakal menggunakan dron bagi tujuan mengenalpasti punca minyak yang berpotensi untuk digerudi.

PETRONAS juga bakal mengadakan pertandingan dron yang berupaya mengendalikan pemeriksaan Ultrasonic Thickness (UT) pada ketinggian.

Berdasarkan DroneDeploy, berikut merupakan 4 kelebihan penggunaan dron dalam industri minyak dan gas yang menarik perhatian syarikat-syarikat gergasi industri ini khususnya:

1. Penjimatan kos pemeriksaan

Pemeriksaan dan penyelenggaraan infrastruktur minyak dan gas menggunakan dron lebih menjimatkan berbanding cara yang telah sedia dipraktikkan dalam industri.

Sebagai contoh, pemeriksaan Flare Stack menggunakan kaedah yang biasa memerlukan Flare Stack tersebut ditutup (shutdown) bagi memberi ruang pekerja-pekerja melakukan pemantauan.

Pekerja yang ramai ada kemungkinan diperlukan dan ini akan memakan kos yang banyak berbanding jika dron sahaja yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan ini.

2. Persekitaran kerja yang selamat

Pemeriksaan infrastruktur minyak dan gas secara manual adalah lebih berisiko kerana pekerja atau inspector terdedah dengan bahaya dan risiko yang tinggi.

Sebagai contoh, jika pemeriksaan dalam tangki atau vessel dilakukan, inspector perlu masuk ke dalamnya dan pelbagai jenis bahaya terdedah dan kemalangan boleh berlaku.

Sama juga situasi jika inspector terpaksa memanjat tangka yang tinggi, kemungkinan untuk jatuh boleh berlaku. Penggunaan dron dalam kerja-kerja pemeriksaan ini akan mengurangkan risiko pekerja terdedah kepada bahaya dan membantu memperbaiki LTI (Lost Time Injury).

3. Pengambilan data yang cepat dan tepat

Dalam industri minyak dan gas, saluran paip boleh menghadapi masalah seperti kebocoran. Jika keadaan ini berlaku, kumpulan operasi di pelantar ataupun penapisan perlu membuat rondaan ke lokasi yang disyaki untuk membuat pengesahan. Keadaan ini akan memakan masa yang agak lama jika lokasi tersebut jauh ataupun sukar untuk dilalui akibat beberapa faktor.

Dron yang digunakan akan memudahkan kerja kumpulan operasi dan data yang ingin diambil dapat diperolehi dengan lebih cepat dan tepat.

4. Komunikasi yang unggul

Penggunaan dron dapat mempercepatkan komunikasi antara pihak pengurusan dengan kumpulan operasi di pelantar atau penapisan untuk sesuatu situasi atau keadaan yang memerlukan respon dan pengesahan daripada pihak pengurusan secara segera.

Data yang diambil menggunakan dron akan dimuatnaik secara terus ke dalam perisian penyimpanan data yang dapat diakses terus oleh pihak pengurusan. Secara tidak langsung, ia akan memudahkan kumpulan operasi untuk membuat tindakan dengan segera.

Kesimpulannya, Industri 4.0 telah menolak syarikat-syarikat gergasi minyak dan gas untuk menyahut dan mengaplikasikan teknologi dalam industri ini. Namun, masih banyak ruang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang perlu dilakukan agar teknologi ini mampu melonjakkan kadar kecekapan industri minyak dan gas.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

September 1, 2019

0 responses on "Drone penyelamat industri minyak & gas?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X