Digboi Refinery India – Oil Refinery Paling Lama Beroperasi Di Dunia

Digboi Refinery India – Oil Refinery Paling Lama Beroperasi Di Dunia

 

Digboi Refinery telah ditubuhkan di Digboi, India pada tahun 1901 oleh Assam Oil Company Ltd. Digboi Refinery ini dikenali sebagai ‘The Birthplace of the Indian Oil Industry’. Awalnya, Digboi Refinery ni dipanggil Assam Oil Division dibawah syarikat minyak Burma. Kemudian, Indian Oil Corporation Ltd (IOC) telah mengambil alih refinery ini termasuklah pengurusan pemasaran dari Assam Oil Company Ltd. Digboi Refinery beroperasi penuh pada 11 Disember 1901. Digboi Refinery mempunyai ketinggian dalam purata 165 meter dari aras laut.

 

Lebih dari 100 tahun yang lalu sebelum Perang Dunia Pertama berlaku, permulaan penubuhannya adalah disebabkan oleh minyak yang dijumpai secara tidak sengaja ketika Italian engineers membuat landasan keretapi dari Dibrugarh ke Margherita pada tahun 1867. Maka, penggalian minyak dilakukan pada tahun 1889 dengan kedalaman hanya 54 meter sahaja sebelum set up refinery. Refinery di Digboi ni mempunyai installed capacity sebanyak 3.4206 juta barrels setiap tahun dan telah upgraded pada Julai 1996 untuk meningkatkan kapasiti penghasilan sebanyak 4.44678 juta barrels setiap tahun.

 

Pada mulanya, syarikat-syarikat besar minyak di luar India tak berminat dengan oil exploration di India ni kerana pemasaran belum menguntungkan lagi di sana. Namun, setelah menyedari kepentingan industri minyak dan tanah, pembangunan ekonomi dan betapa kuatnya India dalam pertahanan, sektor ini telah menjadi top priority dan dicatatkan, telah terbentuknya Industrial Policy Resolution pada tahun 1948. Tak lama kemudian, Oil India Ltd iaitu kerjasama antara Kerajaan India dan Syarikat Minyak Burmah telah terbentuk kepada 2 fields iaitu Naharkatiya dan Moran di Assam, manakala di Bengal Barat, projek Indo-Stanvac Petroleum iaitu kerjasama antara Kerajaan India dan Standard Vacuum Oil Company milik United States bekerja keras untuk explore minyak. Ketika Perang Dunia Kedua, medan minyak Digboi mampu menghasilkan purata sebanyak 7000 barrels sehari of crude oils. Selepas 100 tahun, Digboi Refinery telah menjalani transition dari sebuah refinery yang lama kepada refinery yang mempunyai kemudahan dan alat-alat teknologi yang canggih dan tak mampu untuk menandingi mana-mana modern refinery.

 

Pada tahun 1987, Digboi Refinery Modernization Project (DRMP) telah dimulakan dengan soil investigation dulu sebelum mengambil skala yang besar untuk pembaharuan dan memodenkan Digboi Refinery dengan mengatasi penggunaan teknologi yang lama dan usang. Selepas Digboi Refinery dikenali dengan lebih luas, produk petroleum dari Digboi Refinery mula dibekalkan terutamanya ke India timur laut dengan menggunakan laluan di jalan raya dan landasan keretapi. Digboi Refinery juga telah menyediakan Loji Hidroterapi dan Hidrogen pada tahun 2003 untuk meningkatkan kualiti diesel. Sebilangan besar projek untuk memodenkan Digboi Refinery diambil alih oleh Assam Oil Division (AOD) termasuklah projek Wax Hydro-finishing Unit (WHU), projek Solvent Dewaxing and Deoiling Unit (SDU), Hydrotreater, dan Vacuum Residue Short Path Distillation (VRSD). Kejayaan dari projek ini seterusnya membuatkan Digboi Refinery dianugerahkan ISO-14001 dan OHMSC certificate. Kini, Digboi merupakan Headquarter of AOD & Indian Oil Corporation Ltd.

 

Di sini kita dapat lihat bahawa, Digboi Refinery menjadi bukti bahawa industry oil & gas ni lama bertahan, malah mencecah 100 tahun. Berbaloi sekiranya kita lama berkhidmat di industry oil & gas ni selagi refinery tersebut beroperasi. Berkhidmat di refinery dan sektor minyak dan gas amat menguntungkan sepanjang zaman kerana keperluan terhadap sumber asli seperti minyak,gas dan bahan bakar, sentiasa mendapat permintaan dan peluang kerjaya sentiasa ada malah sehingga the next generation masih menjamin keuntungannya dan peluang kerjayanya.

Kalau nak belajar macamana nak cari kerja Oil and Gas, boleh klik link ni

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

August 23, 2020

0 responses on "Digboi Refinery India - Oil Refinery Paling Lama Beroperasi Di Dunia"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X