Company Kecil VS Company Besar – Mana satu lebih baik?

Company Kecil VS Company Besar – Mana satu lebih baik?

 

Definisi Company Kecil – Less than 50 pax, Sales Income Syarikat RM100 juta ke bawah.

Definisi Company Besar – More than 100 pax, Sales Income Syarikat lebih RM100 juta

 

Career Path

Company Besar: Dah disusun dan clear – Engineer, Senior, Manager, Specialist

Benefit: Clear apa target nak buat untuk naik next level. Dah tersusun dan tak perlu risau kalau nak tunggu bila nak naik.

 

Benda tak best: Gaji juga disusun ikut level, susah nak dapat lebih mengikut stage disusun. Lambat nak naik sebab kena ikut target disusun.

 

Company Kecil : tak banyak stage, naik 1,2 level atau kena develop group sendiri

Benefit: Bebas untuk decide apa nak buat dalam kerjaya. Plan dan propose pada management dan management suka dengan initiative. Berpeluang naik cepat jadi manager atau expert lebih senang. Naik gaji senang bila tukar company baru dengan ada experience dan position yang penting.

 

Benda tak best: Kalau kita jenis yang tak proactive dalam kerja, kerja ala kadar akan stagnant dalam career untuk jangka masa panjang, sebab takde sistem automatik untuk bagi dia target untuk pergi ke next level. Kalau anda jenis proactive pula, Gaji increment dan bonus walaupun bole demand, yang diberi maybe tinggi sedikit daripada orang lain sahaja. Bukan berlipat ganda sebab limitation Company kecil.

 

 

Learning Curve

Company Besar: Setiap gerak kerja yang utama ada orangnya. Project Management, Procurement, Design, Field Service semua ada orangnya. Kerja lebih berfokus, nak develop expertise dalam sesuatu equipment atau sistem akan ambil masa lebih. Banyak equipment dan sistem boleh handle dalam satu masa.

 

Benefits: Ramai org expert dalam company ni. Yang dah bekerja berpuluh tahun. Peluang belajar one on one dengan mereka luas. Banyak equipment akan handle. Dapat explore macam-macam.

 

Benda tak best: Kerja akan banyak fokus pada management. Dan kurang fokus pada satu sistem atau equipment. Kena explore dan cari masa di luar office hour untuk fokus belajar lebih details. Kadang biasa rely on supplier/vendor untuk bagi info details. Learning curve perlahan.

 

Company Kecil: Mostly manpower limited. Kebanyakan akan expose pada semua stage project dan gerak kerja. Kerja akan lebih banyak dan banyak decision kena buat sendiri dan tak banyak layer management untuk review dan approval.

 

Benefits: Cepat expert dalam satu equipment/sistem. Kadang lebih banyak tahu daripada orang yang bekerja dalam company besar. Learning curve tinggi dan cepat.

 

Kekurangan: Tak dapat nak explore equipment/sistem yang di luar skop syarikat.

 

 

Gaji and Bonus

Company besar: Usually Gaji Lebih Besar dan Bonus lebih. Biasa company besar ada sistem kiraan sendiri gaji, bonus dan increment seperti performance review dan KPI achievement.

 

Company kecil: Usually gaji rendah dan bonus tengok performance syarikat.

 

 

Saranan pada Graduan

Kalau korang tengok nampak macam benefit company kecil dan besar lebih kurang je kecuali bab gaji. Ofkos korang mesti nak dapat kerja company besar sebab gaji lagi best. Namun korang kena ingat bukan korang je nak kerja dengan company besar. Ada banyak lagi graduan kat luar sana korang kena compete.

 

Cari skill yang industri value seperti skill teknikal project management, design dan operate equipment dan sistem. Boleh tengok website sini untuk tengok kursus industri yang sesuai dengan fresh graduate.

 

Namun, kalau korang tak dapat company besar, jangan risau. Masa terlalu awal untuk decide someone tu berjaya ke tak. Jangan rasa jeles kalau kawan dapat company best2, kita tak dapat. Its okay. Masa korang akan tiba nanti. Company yang akan bayar dengan setimpalnya, samada company besar atau peluang di overseas akan cari anda……

 

Apa yang penting ialah diri sendiri. Kalau diri tu memang nak jadi someone important dan expert, tak kira company kecil atau besar, dia akan demanded dan boleh demand gaji tinggi later. Kalau dia jenis tak serius, kerja sambil lewa, kerja ala kadar je, tak kira dia kerja company besar ke kecil, dia tak pergi ke mana.

 

Saranan pada Experienced

Long term of course kita nak kerja yang gaji besar. Kalau belum lagi dapat gaji besar, fokus pada develop skill dulu. Attend course, banyak explore sendiri equipment. Belajar dengan orang yang lagi expert.

 

Once diri kita ada skill yang industri demand, kita akan jadi asset yang nilai tinggi. Pergi ke company besar, senang nak demand.

 

P/S: Kalau nak belajar skill yang industri Oil and Gas demand, bole usha sini

February 1, 2020

0 responses on "Company Kecil VS Company Besar - Mana satu lebih baik?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X