BAGSF plant kecil berperanan besar

Baru-baru admin berpeluang melakukan satu servis di loji Bintulu Integrated Facility (BIF). Dahulunya BIF nie dibawah pengurusan Sarawak Shell Bintulu Plant (SSBP), yang digabungkan dengan Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT). Tetapi apabila dibawah kelolaan PETRONAS, Condensate Stabilisation (BSTAB) dan Gas Sales Facilities (BAGSF) telah diasingkan dibawah pengurusan BIF.

Siapa sangka BAGSF ini memainkan peranan yang sangat penting walaupun keluasannya boleh dianggarkan seluas 2 gelanggang futsal sahaja.

Bayangkan, tanpa BAGSF nie, operasi plant atau loji berhampiran seperti Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS), Asian Bintulu Fertilizer (ABF) dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) akan tergendala. Secara purata, BAGSF akan mengalirkan gas kepada loji-loji ini dalam 190 MMSCF sehari.

Oleh sebab itu, sangat jarang BIF ataupun BAGSF ini secara spesifiknya melakukan major shutdown. Dalam erti kata lain, segala kerja penyelanggaraan yang melibatkan BAGSF ini akan cuba dilakukan dalam keadaan yang singkat. Jika berlaku kelewatan, kemungkinan keadaan itu akn mendatangkan kerugian bukan sahaja kepada SMDS, ABF dan SESCO, malah BIF dan PETRONAS sendiri.

P/S : Jom belajar teknik buat resume format Oil and Gas Online! Klik link di
https://oilandgasmaster.com/course/oil-gas-resume-workshop/

September 7, 2019

0 responses on "BAGSF plant kecil berperanan besar"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X