Bagaimana Nak Job Hunting Semasa Hari Raya?

Bagaimana Nak Job Hunting Semasa Waktu Musim Raya?

 

Raya, tu raya juga. Tapi kan lagi bagus kita dapat cari kerja baru semasa raya. Haa tak ke lagi bermakna and berbaloi beraya bersama?

Jadi untuk entry kali ni, admin nak share 6 Tips untuk korang cari kerja Oil and Gas semasa beraya.

 

  • Kenali Siapa Pak Sedara Mak Sedara yang Bekerja Dalam Oil and Gas

Time raya jangan lah duk main phone dan tengok TV. Sembang dengan sanak saudara. Kalau tak pernah sembang, ini kalilah kita bersembang. Susah? Cari kerja sendiri juga susah apa. Cuba dlu, belum cuba belum tahu!

 

  • Belajar Cara Komunikasi dengan Orang Lebih Tua

Kadang cara kita bersembang dengan orang lebih tua ada cara dia. Tak sama macam sembang dengan kawan. Kita kena try ‘masuk’ dengan dia. Takleh sembang2 pasal PUBG ke pasal anime ke. Memang agak sukar nak masuk. Cari point persamaan seperti minat sembang tentang isu semasa, kewangan, hartanah ataupun pasal minat bola, kereta dan moto.

Kalau tak, nampak sangat kita ni nak sembang dengan pak sedara mak sedara sebab ada agenda nak cari kerja je. So cuba la bina hubungan dan serasi kan dulu dengan mereka.

 

  • Jangan Tanya Ada Kerja Kosong terus, belajar teknik bertanya secara professional.

Walaupun kita memang desperate dan tengah menganggur, cuba tahan sedikit rasa desperate tu untuk first time jumpa dengan Pak Sedara dan Mak Sedara tu. Sebab kalau nampak desperate tu buat diorang rasa tak senang nanti. Cuba korang bayangkan kalau ada sedara yang entah jumpa pun tak pernah, sembang pun jarang pastu minta kerja kosong kat korang. Macamana rasa agak2? Haa camtu la rasa dia.

 

Sembang dulu seperti Tips No 2 tadi. Boleh juga mula bertanya pasal kerja mereka. Apa mereka buat, projek apa yang diorang handle. Apa yang best pasal kerja mereka etc. Semua tentang mereka dulu.

 

  • Kalau Takde Kenalan, Minta Bantuan Mereka untuk Kenalkan

Tapi admin, saya ni memang pak sedara ke mak sedara ke takde yang kerja Oil and Gas. Macamana?

Untuk kes ni, admin cadangkan korang kena tanya pak sedara mak sedara korang ada tak kenalan diorang yang kerja Oil and Gas. Kawan baik ke, ex classmate ke. Mesti ada punya. Dunia Oil and Gas ni bukan kecik. Mesti ada orang yang dalam network kita kerja dalam Oil and Gas.

 

  • Dapatkan Informasi Terkini tentang dunia Oil and Gas

Antara feedback korang mungkin dapat setelah try tips 1-4, maybe pak sedara mak sedara korang takde kerja kosong boleh offer. Tapi jangan give up. Mereka mesti ada info terkini tentang Dunia Oil and Gas.

 

Korek Informasi sekarang Projek apa yang tengah jalan. Company mana yang dapat Projek tu. Trend Demand Skill dan Certificate mana yang laku sekarang.

 

Semua ni mesti diorang tahu. So dengan informasi ni korang boleh rancang molek2 strategi job hunting selepas raya nanti.

 

  • Tunjuk Resume. Minta pendapat dan komen daripada mereka

Simpan dalam Phone Resume. Selain daripada sembang2, korang cuba minta pendapat mereka tentang resume anda. Apa yang anda lack, apa sijil dan certificate yang kena ada dalam resume. Dan tanya juga tentang position yang mana korang patut kerja dalam Oil and Gas. Tanya pak sedara mak sedara macam diorang adalah career consultant korang. Sebab diorang tahu selok belok kerja Oil and Gas, jadi diorang boleh bagi advise yang setepat boleh daripada orang luar industri Oil and Gas

 

P/S: Kalau korang nak belajar teknik buat Resume Format Oil and Gas, Tips Interview Oil and Gas dan Cara Dapat Interview Tanpa Guna Kabel, boleh klik link di bawah:

https://comborayaogm.wasap.my/

June 3, 2019

0 responses on "Bagaimana Nak Job Hunting Semasa Hari Raya?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X