Apa itu API?

Apa itu API?

 

 

Entry kali ini, akan menyentuh mengenai apa itu API Inspection kerana ramai pernah dengar API, tapi tak ramai tahu apa maksud dan kepentingan API dalam industri Oil & Gas khasnya.

 

Sebelum itu, kita kena kenal dahulu apa itu A-P-I. Bukan api warna merah marak dan panas itu ye, tapi American Petroleum Institute (API). Ia merupakan sebuah badan yang mempunyai beberapa objektif dalam industri khasnya Oil & Gas.

 

Mempromosikan Keselamatan:

Pertama, ia bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam pelbagai sudut dipraktikan dan dilaksanakan dalam industri. Setiap industri pasti ada ‘Code dan Standards’ yang wajib dipatuhi seperti ASME, ANSI, ASTM dan juga API dan setiap code ini ada tempat masing-masing dalam industri.

 

Sebagai contoh, untuk Pressure Vessel, semasa construction perlu patuhi code ASME Section VIII untuk Pressure Vessel. Setelah siap dan mula beroperasi, kita perlu mematuhi Code API 510 pula kerana ia akan menyentuh mengenai bab operasi, inspection dan repair.

 

Jadi API ini membuat pelbagai research dan kajian, mengeluarkan statistik dan codes dan standard yang perlu dipraktikkan oleh industri supaya memastikan keselamatan pekerja dan kilang dijaga dengan baik.

 

Dunia Oil & Gas tidak akan lari daripada Code API ini kerana sering dikaitkan dengan operasi yang merbahaya dan kadar kemalangan yang lebih tinggi dan kritikal. Jadi pada sesiapa yang nak join Oil & Gas, ilmu API wajib untuk anda!

Membuat Certification

Kedua, API juga fokus pada membuat Certification yang mana ia akan certify pekerja dan staf dari sudut ilmu teknikal dan pengalaman kerja mereka mengikut API Code yang telah mereka tetapkan.

 

Boleh cek website www.api,org >> Products and Services >> ICP  (gambar di bawah) dan anda boleh lihat di bahagian ICP – Individual Certification Programme

 

 

Jika anda berminat nak belajar lebih tentang API, boleh klik di sini untuk info lanjut

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =