APA BEZA FSRU VS FSU

APA BEZA FSRU VS FSU

 Kita telahpun mengetahui tentang Liquefied Natural Gas (LNG) dari posting sebelum ini. Dimana tempat penghasilan LNG paling besar di dunia dan di Malaysia, apa fungsinya dan pencapaian ekonomi negara dari penghasilan LNG ini. Jadi, hari ini, kita akan didedahkan dengan Floating Storage and Regasification Unit (FSRU) dan Floating Storage Unit (FSU). Aik, nama macam nak dekat sama je kan? Adakah ianya unit yang sama atau berbeza? Jom baca. Sesiapa yang student tu, bolehlah share untuk reference anda dalam study soon!

 

FSRU

 Floating Storage and Regasification Unit ni merupakan komponen yang penting diperlukan untuk mengangkut dan menghantar LNG melalui saluran lautan. Sebab tu, FSRU merupakan term istimewa yang digunakan oleh kapal untuk penghantaran LNG.

 

FSU

 Floating Storage Unit biasanya akan ambil barge yang besar untuk dihantar ke supertankers yang associate dengan Floating Production Storage and Offloading (FPSO). Unit ini digunakan untuk menyimpan minyak dan gas dalam tempat simpanan yang besar di atas saluran-saluran.

 

PERBEZAAN ANTARA FSRU & FSU

 Walaupun term dia nak dekat sama, tetap ada perbezaannya iaitu dari segi reka bentuk dan perspektif operasi. Antara perbezaan FSRU & FSU ialah:

  • Loading platform di FSU lebih besar dari loading platform di FSRU, so FSU dapat support regasification module
  • FSU lebih menjimatkan kos dan sangat fleksibel untuk menghantar gas asli berbanding FSRU
  • FSRU boleh digunakan semula di lokasi baru berbanding dengan FSU
  • FSU mengambil masa yang lebih singkat disebabkan oleh minimizing kerja-kerja pembinaan dengan menggunakan LNG carrier untuk penyimpanan dan penghalangan kerja di shipyards
  • Terminal untuk FSRU sangat terhad berbanding terminal FSU
  • FSRU lebih difokuskan kepada Asia shipyards berbanding FSU
  • FSRU kurang memberi kesan negatif terhadap persekitaran berbanding FSU disebabkan oleh lokasi FSRU di open sea atau berhampiran shore
  • FSRU mempunyai keupayaan untuk meningkatkan supply pada waktu-waktu kemuncak berbanding FSU
  • FSRU senang meningkatkan prestasi as menggunakan saiz unit yang kecil untuk menguasai market berbanding FSU
  • FSU memerlukan masa yang singkat dan kos tambahan yang rendah if nak relocate berbanding dengan FSRU

 

Kesimpulannya, regasification terminals sepatutnya berada berhampiran dengan pantai atau berada dalam port yang sepatutnya atau tempat-tempat yang dilindungi. Hal ini demikian adalah kerana saluran gas yang panjang akan diperlukan sekiranya berada di terminal offshore. Kos yang rendah dengan mempunyai kestabilan komersial yang tinggi seperti FSU sangat diperlukan. Kos yang rendah adalah kerana FSU menggunakan LNG Carrier untuk penyimpanan LNG dan memudahkan installation alatan-alatan regasification pada sesuatu platform.

 

Kalau nak belajar tentang dunia Oil and Gas, klik link di sini:

Introduction To Oil & Gas

September 20, 2020

0 responses on "APA BEZA FSRU VS FSU"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X