APA ANDA PERLU TAHU TENTANG OIL AND GAS HUB BARU DI TANJUNG AGAS?

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG OIL AND GAS HUB BARU DI TANJUNG AGAS?

Seperti yang kita tahu, kita mempunyai banyak tempat penggalian sumber mentah oil & gas di Malaysia, dari sebesar-besar refinery kepada segelintir oil & gas warehouse di seluruh Malaysia. Namun, posting OGM kali ini, kita akan go thru kepada hub atau pusat oil & gas baru yang terletaknya di Tanjung Agas.

Pusat oil & gas baru di Tanjung Agas:

  • Pusat oil & gas Tanjung Agas terletaknya di Pekan, Pahang dengan mempunyai keluasan seluas 1710.1 hektar
  • Pusat tersebut siap dibina pada tahun 2017. Wahh, masih baru lagi ni! Walaupun masih baru, pusat tersebut telah menjadi base bekalan dan pusat perkhidmatan marine
  • Pusat oil & gas Tanjung Agas tu mampu menyediakan kemudahan yang lengkap dan moden untuk industry oil & gas
  • Kos pembangunannya bernilai RM 2 billion. Wow!!

Seperti yang dikatakan, pusat oil & gas Tanjung Agas ni menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap, antaranya:

  • Warehouses dan kilang
  • Shipyards
  • Pembuatan yards
  • Dredger yards
  • Dockyard
  • Bangunan pejabat
  • Tempat penyimpanan LNG/LPG, tempat penyimpanan re-gas plant petroleum, blending & refinery
  • Supply base, minor fabrication, oil & gas wharves (dermaga) untuk pemulihan dan pembaikkan lebih 2 km shoreline
  • Plant proses bahan buangan, dan CoGen Plant di 500 m dari shoreline
  • Terminal Petroleum
  • Terminal Liquid Bulk

Banyak sungguh kemudahannya kan? Padahal, baru saja dibina dalam 3 tahun yang lalu. Pusat yang baru ni jugak, bukan setakat dah ada banyak kemudahan tau, malah agak ramai pelabur yang melabur untuk pusat oil & gas Tanjung Agas ni, antaranya:

  • Tec-Steel Manufacturing Sdn Bhd
  • Vantech Dockyard (M) Sdn Bhd
  • Bitari Abadi Sdn Bhd
  • USA Tech Marine (M) Sdn Bhd

Jadi, bagi sesiapa yang berminat nak join dalam bidang oil & gas ni, bolehlah try survey peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan anda di Pusat Oil & Gas Tanjung Agas yang baru ni. Pasti mereka masih memerlukan tenaga pekerja yang ramai untuk membangunkan pusat oil & gas ni yang baru setahun jagung beroperasi. Kalau bukan kita untuk mencuba, siapa lagi? Rezeki ada dimana-mana dengan selitnya usaha kita. Best of luck!

Kalau nak belajar tentang teknik cari kerja Oil and Gas, klik di sini

HOW TO JOIN OIL & GAS 1 & 2

September 12, 2020

0 responses on "APA ANDA PERLU TAHU TENTANG OIL AND GAS HUB BARU DI TANJUNG AGAS?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X