APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MALAYSIA PETROLEUM MANAGEMENT (MPM)?

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MALAYSIA PETROLEUM MANAGEMENT (MPM)?

 

Posting OGM kalini nak introduce sikit tentang Malaysia Petroleum Management ni. Malaysia Petroleum Management (MPM) ditubuhkan untuk menyediakan supervision yang berkesan berkaitan dengan aset-aset upstream dari menguruskan kemasukan pelabur-pelabur kepada merancang dan melaksanakan exploration, pembangunan, penghasilan dan abandonment activities. MPM diamanahkan untuk mengendalikan sepenuhnya upstream activities di Malaysia. Latest Senior Vice President MPM ialah Ir Mohamed Firouz Asnan.

 

So, apa kaitan MPM ni dengan Petronas?

 

Umumnya, PETRONAS menguruskan sumber-sumber petroleum di Malaysia melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) ni la. Antara tugas-tugas MPM under PETRONAS ni ialah:

 

  • MPM menjadi medium untuk PETRONAS memasuki kontrak Petroleum Arrangement (PA) bersama dengan syarikat-syarikat oil & gas, bertanggungjawab untuk memantau operasi-operasi dan menguruskan prestasi kontraktor-kontraktor.
  • MPM mengawal kuasa kebenaran dan lesen operasi PETRONAS dan mampu menetapkan syarat kontrak PETRONAS termasuklah tempoh kontrak, pengurusan operasi-operasi, memastikan kestabilan bajet & kos dan pembahagian keuntungan & tugas setiap parties.
  • MPM bertanggungjawab menjadi pemilik sumber-sumber Petroleum dalam memastikan kestabilan tapak sumber Petroleum di Malaysia.

 

Enam jabatan teras dibawah MPM:

 

  • Resource Exploration (REX) – Dr Jaizan Hardi Mohamed Jais (Head)
  • Resource Development Management (RDM) – Tuan Aidil Shabudin (Head)
  • Production & Operations Management (POM) – Tuan Handan Ramli (Head)
  • Integrated Hydrocarbon Management (IHM) – Tuan Pandai Othman (Head)
  • Health, Safety & Environment (HSE) – Tuan Shamsol Efendy (Dismal Head)
  • Government & Strategic Relations (GSR) – Puan Maslina Awang (Head)

 

Empat jabatan gabungan dibawah HSE MPM:

 

  • MPM Human Resources
  • MPM Commercial
  • MPM Legal
  • MPM Finance

 

Kalau nak belajar tentang dunia Oil and Gas, boleh klik link ni:

Introduction To Oil & Gas

September 5, 2020

0 responses on "APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MALAYSIA PETROLEUM MANAGEMENT (MPM)?"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X