APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LARGEST LNG LIQUEFACTION DUNIA

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LARGEST LNG LIQUEFACTION DUNIA

 

Dari posting OGM sebelum-sebelum ini, telah diterangkan lebih detail tentang Liquefied Natural Gas (LNG) iaitu beroperasi sebagai salah satu tempat bagi pembuatan dan pemprosesan minyak mentah kepada bentuk cecair dan gas. Jadi, posting OGM kali ini adalah untuk mendedahkan tentang LNG liquefaction yang paling besar di dunia iaitu Qatar. Namun, tahukah anda bahawa di Malaysia juga ada LNG yang paling besar sehingga menjadi pembekal LNG kedua terbesar bagi Jepun. Cuba teka, di mana?

 

LIQUEFIED NATURAL GAS DI QATAR:

  • Tempat penghasilan LNG di Qatar dinamakan Qatargas yang ditubuhkan pada tahun 1984, juga mula menghasilkan dan mengiklankan hydrocarbons dari non-associated natural gas field terbesar di dunia. Qatargas mengoperasikan 14 liquefies train dengan jumlah kapasiti penghasilan sebanyak 526.7724 barrels tahunan. Wahhh banyak kan? Sebab inilah Qatar menjadi tempat penghasilan LNG terbesar di dunia!

 

  • Gas asli di Qatar merangkumi hampir semua tempat penghasilan gas asli dari seluruh dunia. Pada tahun 1997, Khalid Gazal mula export LNG setelah 160 million cubic metres LNG dihantar ke Sepanyol. Menurut Oil & Gas Journal, pada 1 Januari 2011, penyimpanan natural gas di Qatar adalah dianggarkan sebanyak 25.4 trillion cubic metres yang bermaksud tempat tersebut mempunyai 14% dari kesemua jenis natural gas, dan menjadi tempat penyimpanan natural gas ketiga terbesar di dunia selepas Rusia dan Iran.

 

  • Qatargas menggunakan LNG value chain untuk mengoperasikan dan menghantar hasil pengeluaran LNG directly dari punca utama oil & gas offshore di Qatar, terus ke pembeli-pembeli di seluruh dunia. Oleh kerana Qatargas menjadi pembekal utama dalam bahan pengeluaran yang reliable dan cost-effective energy, Qatar memainkan peranan yang sangat-sangat penting dalam menentukan untung rugi ekonomi negara dan komuniti tempatan di seluruh dunia.

 

  • Menurut satu berita pada Ogos 2020, LNG di Qatar terpilih untuk membekalkan liquefaction process technology untuk projek pembangunan North Field East di Ras Laffan, Qatar. No wonder la terpilih kan?  Ada 4 LNG trains yang baru, dan keempat-empat tu mampu menghasilkan kapasiti sebanyak 7.8 million tonnes per annum. Apabila mega trains ni beroperasi sepenuhnya pada 2025, Qatar mampu mengekalkan posisinya sebagai offshore terbesar dengan penghasilan gas asli terbanyak di dunia.

 

Haa, dah dapat teka LNG terbesar di Malaysia ada di mana? Jawapannya ialah ada di Bintulu, Sarawak, iaitu MLNG Sarawak. Posting OGM sebelum-sebelum ini pun, ada sharing tentang MLNG. Dah baca ke belum tu?

 

LIQUEFIED NATURAL GAS DI MLNG, BINTULU:

 

  • MLNG merupakan hasil kerjasama antara PETRONAS, Mitsubishi Corporation dan Kerajaan Negeri Sarawak yang mempunyai luas seluas lebih 300 hektar. Permulaan untuk usaha penubuhan MLNG pada 1971 adalah disebabkan oleh penemuan gas asli di perairan Sarawak yang hampir mencecah kedalaman 509 juta meter. Penghantaran hasil gas asli pertama adalah pada September 2016.

 

  • Pada awalnya, projek pembangunan MLNG ini ditandatangani hasil kerjasama antara Malaysia dan Shell. Selepas beberapa tahun kemudian, PETRONAS, Shell dan Mitsubishi menandatangani perjanjian bersama pada tahun 1978. Hasil pengeluaran gas asli yang banyak membuatkan wujudnya MLNG kedua (MLNG DUA) pada Jun 1992 dan MLNG ketiga (MLNG TIGA) pada November 1995.

 

  • MLNG Sarawak mempunyai 9 liquefied trains keseluruhannya. 3 dari liquefied train tersebut, adalah untuk MLNG TIGA, 2 darinya untuk MLNG DUA manakala lagi satu adalah untuk Train 9 (PL9SB). Berbeza sedikit dengan Qatar yang mempunyai 14 liquefied trains. Teknologi yang digunakan dalam projek ini berasaskan Air Products & Chemicals Inc. yang merupakan Propane Pre-Cooled Mixed Refrigerant (C3-MR) liquefaction concept. LNG plant memperoleh hasil gas asli dari 125 km ke 225 km offshore di Bintulu, dengan kerjasama Antara PETRONAS Carigali dan Royal Dutch Shell.

 

  • Yang menariknya, MLNG ini mempunyai tapak penghasilan terbesar di dunia. Wow! Sepatutnya kita bangga. MLNG mampu mengeluarkan sebanyak 2.75 million tonnes per annum gas asli yang mana ianya merupakan pembekal kedua terbesar untuk Jepun. Jepun membeli 65% dari MLNG dan ini mewakili sebanyak 22% dari keperluan gas asli di Jepun pada tahun 2005. Selain Jepun, Korea juga import gas asli dari MLNG sebanyak 26% dan Taiwan sebanyak 9%. Untuk mengekalkan kedudukan pasaran, MLNG export hasil gas asli ke kawasan Asia dan Atlantic Basin.

 

  • Sedikit sebanyak tentang hak pemilikan MLNG Sarawak:
  • MLNG SATU = PETRONAS 90% , Mitsubishi 5% dan Kerajaan Negeri Sarawak 5%
  • MLNG DUA = PETRONAS 60%, Mitsubishi 15%, Shell 15% dan Kerajaan Negeri Sarawak 10%
  • MLNG TIGA = PETRONAS 60%, Shell 15%, Nippon Oil 10%, Kerajaan Negeri Sarawak 10% dan Mitsubishi (Diamond Gas) 5%
  • PETRONAS LNG Train 9 = PETRONAS 90% dan Nippon Oil 10%

Bangga kan? Malaysia mampu menandingi hasil pengeluaran setaraf antarabangsa. Jadi, sekiranya anda berminat untuk mencari pengalaman dalam menyumbangkan sesuatu yang menjadi kebanggaan negara, anda boleh cuba untuk menerokai peluang pekerjaan di MLNG Sarawak dalam sektor oil and gas ini.

Kalau nak belajar tentang macamana nak cari kerja Oil and Gas, klik link di sini:

https://oilandgasmaster.com/course/how-to-join-oil-gas/ 

September 20, 2020

0 responses on "APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LARGEST LNG LIQUEFACTION DUNIA"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X