7 Sebab Kenapa Fresh Grad Wajib Belajar AutoCAD?

Nama AutoCAD ni sudah pasti ramai pernah dengar tapi berapa ramai yang tak tahu pentingnya kena belajar skill AutoCAD.

 

Buat yang baru nak tahu, AutoCAD ialah sebuah software paling femes untuk buat drafting dan design. Sebelum start apa-apa fabrication equipment atau construction bangunan, kena ada blueprint atau design dulu. Mustahil nak buat kerja tanpa apa-apa design dan plan. AutoCAD merupakan salah satu software CAD – Computer Aided Drafting. Kalau zaman dulu2, kita pakai manual lukis sebijik2 untuk design apa-apa tapi dengan AutoCAD semua dapat settle dengan cepat dan mudah.

 

So post ni nak cerita apa 7 kepentingan belajar AutoCAD especially untuk students:

 

1. Majority Syarikat Kejuruteraan dan Architecture pakai software AutoCAD dalam urusan kerja harian.

 

Setiap syarikat samada contractor mahupun operator mesti kena handle drawing dan design. Semasa planning, proposal dan design stage, contractor dan vendor mesti kena create drawing untuk beritahu segala informasi projek mereka. Sama ada General GA Drawing, Plant Layout, Isometric, Schematic, P&ID dan sebagainya mesti kena pakai AutoCAD.

 

Semua drawing ni wajib ada sebelum syarikat belanjakan duit, execute dan plan project schedule  untuk projek tersebut.

 

Kemudian sebagai Dokumentasi, juga memerlukan AutoCAD untuk cipta drawing-drawing lain untuk sumber rujukan.

 

Jadi kalau anda nak cari kerja dalam bidang engineering dan arkitek, konfem Skill AutoCAD wajib ada dalam resume.

 

2. Banyak Prospek Kerjaya

 

Bila korang ada skill AutoCAD, banyak posisi kerja yang anda boleh ceburi. Antara posisi yang wajib ada skill AutoCAD

 

  • Design Engineer (Chemical, Petroleum, Civil, Mechanical, Electrical etc)
  • Project Engineer (all Engineering background)
  • Construction/StructuralEngineer
  • Process, Piping, Static & Rotating, Electrical, Maintenance Engineer
  • Civil Engineer
  • Sales Engineer
  • Service Engineer
  • Quantity Surveyor
  • Scaffolder
  • Architecture
  • Product Design
  • Interior Design

 

dan banyak lagi!

 

3. Projek FYP dan Coursework

 

Bila time FYP student Engineering dan Arkiteklah yang paling ramai mengupah orang luar ataupun freelance drafter untuk tolong buat drawing FYP mereka. Ramai student terpinga-pinga macamana nak buat drawing walaupun mereka telah pun belajar sebelum ni. Antara sebabnya termasuk sudah lupa cara nak guna, tak sure mana nak cari rujukan dan trainer AutoCAD dan nak jalan mudah dan cepat untuk siapkan FYP.

Akhirnya mereka telah membayar upah orang luar untuk buat berpuluh-puluh drawing dan harga bayaran juga mahal.

 

Daripada bayar upah, lebih baik mereka guna duit tu untuk belajar skill AutoCAD. Dapat save duit generate banyak drawing dan skill ni boleh bila dah kerja nanti. Setuju?

 

4.Senang nak belajar CAD Software lain

Disebabkan AutoCAD adalah pioneer dalam software CAD, Kebanyakan Software CAD lain diadaptasi dengan interface, command dalam AutoCAD. Jadi most likely anda pandai AutoCAD, anda lebih senang belajar belajar software CAD lain.

 

5. Software yang Akan Stay dalam Industri untuk Jangka Masa Lama

AutoCAD sudah pun berada di dalam industri sejak 1980-an lagi (hampir 4 dekad) dan masih menjadi software yang relevan digunapakai sehingga hari ini.

 

Walaupun sudah berdekad lamanya, AutoDesk (developer) telah memberi update dari semasa ke semasa seperti ada versi Mobile AutoCAD 360 yang boleh digunakan melalui smartphone dan tablet.

 

6. Naikkan Marketability

 

Banyak job description dalam kerja kosong sebagai Engineer, Arkitek dan sebagainya memerlukan skill AutoCAD untuk generate drawing dan pelan layout. Dalam interview pun ada yang disuruh buka AutoCAD dan demo depan2 skill AutoCAD sebagai bukti mahir skill tersebut!

 

 

7. Boleh Jadi Freelance Drafter dan generate side income

 

Selain anda boleh gunakan skill AutoCAD dalam kerjaya, anda juga boleh generate side income dengan servis drafting. Biasanya sesetengah syaarikat tidak cukup tangan dengan kerja drawing yang banyak. Jadi mereka hire beberapa freelance drafter dengan cas yang lumayan setiap drawing. Selain syarikat korporat, golongan student juga tidak terkecuali mencari freelance untuk tolong mereka siapkan drawing untuk projek FYP

 

Jadi tunggu apa lagi? Jom belajar AutoCAD!

 

Untuk Maklumat mengenai Kelas AutoCAD, klik di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 4 =