5 Sebab Anda Patut Kerja Industri Oil and Gas daripada Industri Lain. Sebab ke 5 tu Konfem Korang Suka

5 Sebab Anda Patut Kerja Industri Oil and Gas daripada Industri Lain

Haa… admin ada baca-baca dekat ruangan komen kenapa orang asyik nak keje Oil and Gas je ni. Best sangat ke? Masyuk ke?

Bukan ke Industri ni tengah down ke? Risiko tinggi?

Dan macam-macam lagi persepsi masyarakat tentang Oil and Gas.

So kali ni, admin nak share 5 point admin rasa sebab2 utama orang pilih kerja Oil and Gas

 

 

1) Cabaran Kerja yang Unik

Bila kerja Oil and Gas ni, cabaran kerja dia tak sama.

Projek dia selalu besar-besar dan bersifat mega.
Tengok contoh projek RAPID, FLNG, Deepwater Platform dan lain-lain. Biasa projek macam ni menelan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.

Biasanya setiap projek tu biasa beratus-ratus company involved! Kalau main contractor macam Sapura, MMHE, Petrofac etc lagi la banyak kena jaga. Yang bestnye, kita Dapat kenal ramai orang. Senang nak bina networking dalam industri dan cari next job vacancy.

Projek besar ni juga bermaksud kerja dia banyak dan most of the time kena kejar deadline yang begitu ketat untuk meet client punya delivery date. So stress tu stress la juga. Biasa lah, kerja mana yang tak stress betul?

Kerjanya juga risiko tinggi. Bukan nak cakap industri lain takde risiko, tapi dalam Oil and Gas risiko dia takde yang sama dengan industri lain.

Risiko seperti bekerja di Offshore misalnya. Yang berada di kawasan yang jauh dari darat dan tiada mana2 tempat untuk lari keluar unless melalui chopper dan boat. Juga perlu hadapi tekanan pressure tinggi dan mercury dan H2S yang boleh mendatangkan risiko maut jika tersilap langkah!

 

 

2) Design dan Experience tak sama macam industri lain

Oil and Gas mempunyai environment berbeza yang lebih mencabar dengan industri lain dan ia melibatkan design equipment yang berbeza.

Antaranya condition di offshore yang senang karat dalam masa singkat serta ada flammable gas di kawasan proses.

Condition tersebut menyebabkan Design Equipment dan Sistem Keselamatan Pelantar Minyak dan Chemical Plant perlu lebih complex seperti kena ikut Code and Standards NACE, IECEx, API, ASME dan lain-lain.

Kelebihan pada kita ialah kita terdedah kepada semua Code and Standards ni dan boleh belajar detail engineering principles, safety design daripadanya. Ini akan menjadikan kita lebih expert dalam industri.

 

 

3) Komuniti dan Budaya Unik

Komuniti pekerja Oil and Gas ni sebenarnya sangat besar sebab industri ni melibatkan daripada Upstream hingga ke Downstream.

Syarikat2 Oil and Gas juga paling banyak (hampir 4000 buah syarikat Oil and Gas di Malaysia) berbanding industri lain.

Budaya juga unik seperti pengalaman bekerja di Offshore, Onshore, kena kerja 12 jam shift, tak balik Onshore 3-6 bulan serta tak balik raya. Bunyi macam sedih tapi pengalaman tu memang takkan dapat dari industri lain.

Kelebihan pengalaman tu? boleh jadi bahan bualan menarik pada member2 dan keluarga la balik raya nanti.

 

 

4) Peluang ke Offshore

Antara pengalaman best bila kerja Oil and Gas ni ialah banyak peluang untuk dapat projek dan kerja di Offshore.

Kerja kat offshore ni best sebab environment dia, budaya dia yang lain daripada kerja kat darat. Bab makan, bab tido, kerja semua lain sedikit daripada kerja kt darat.

Pengalaman seperti rasa naik bot, naik chopper, tidur di living quarters, kafeteria, dan macam2 lagi. Hanya bekerja di offshore je dapat rasa.

 

 

5) Gaji Masyuk

Ok bab gaji ni kontroversi sikit. Tapi disclaimer siap2, anda mungkin setuju atau tidak terpulang. Tapi ini berdasarkan pengalaman admin sendiri.

Gaji kerja dalam Oil and Gas tidak dinafikan tinggi dalam Oil and Gas depending pada jenis pekerjaan tersebut.

Biasanya 2 golongan yang entitled for high salary.

 

A) Kerja dekat Field
Kerja yang selalu masuk plant, naik offshore biasanya akan dapat gaji tinggi sebab ada allowances yang banyak. Elaun naik offshore biasa company bagi range RM200-300 sehari dan juga job bonus adalah perkara biasa kalau kerja kat field.

 

B) Highly Skilled and Experienced (Specialist)
Orang yang skill dan experience dia hebat seperti Lead Engineer, Specialist, TP, adalah asset penting syarikat tersebut dan mereka biasanya adalah golongan “MOST WANTED” dalam industri. Pelbagai company nak hire dia dan sanggup bayar gaji setimpal malah lebih untuk dapatkan skill dan experience dia untuk projek syarikat.

Kalau anda berminat nak kerja Oil and Gas, boleh klik link di bawah untuk join kursus “How to Join Oil and Gas” untuk guide anda dapat kerja Oil and Gas
https://preordercoachingoilgas.wasap.my/

 

May 29, 2019

0 responses on "5 Sebab Anda Patut Kerja Industri Oil and Gas daripada Industri Lain. Sebab ke 5 tu Konfem Korang Suka"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X