15 Fakta Oil and Gas Yang Anda Tidak Tahu

15 Fakta Oil and Gas Yang Anda Tidak Tahu

Di sini terdapat 15 fakta mengenai minyak yang anda perlu tahu :

  1. Minyak merupakan salah satu punca pencemaran yang boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Sebagai contoh, pembakaran minyak yang berlaku mampu menghasilkan bahan kimia yang merbahaya seperti Nitrous Dioxide dan Sulphur Dioxide. Kedua – dua jenis bahan kimia ini akan bergabung dengan air maka terjadilah hujan asid.

 

  1. Vladimir Putin (Presiden Russia) membina kekayaan daripada industri minyak dan gas. Percaya atau tidak, ketua negara Russia ini mempunyai share sebanyak 37% dengan syarikat gergasi dunia yang melibatkan minyak mentah dan tidak lupa juga 5% bagi syarikat gas asli. Beliau juga mempunyai beberapa syarikat gas yang beroperasi secara aktif di seluruh dunia. Tidak hairanlah kekayaan beliau hari ini dianggap sama tanding dengan pemimpin kaya yang lain, antaranya Sultan Brunei (Sultan Hasanal Bolkiah).

 

  1. Minyak adalah bahan mentah yang  akan habis dalam jangka masa yang terdekat. Statistik dunia telah menunjukkan bahawa setiap tahun manusia menggunakan hampir 11 billion minyak  dan 4 billion minyak mentah. Dijangka jika perkara ini berlarutan, berkemungkinan kita akan menghadapi krisis ‘peak oil’ dimana kehabisan minyak boleh terhasil.Namun teori ini ada beberapa loopholes kerana Oil Reserve baharu sentiasa dicarigali dan semakin bertambah jumlahnya hasil daripada pelbagai penemuan Oil field baru dan advance technology lalu menjadikan teori Peak Oil menjadi lebih jauh daripada expectation.

 

  1. Denda terhadap tumpahan minyak terbesar dalam sejarah adalah sebanyak 20 Billion USD. Ingat tak kita tentang cerita Deepwater Horizon, kisah sebuah pelantar minyak yang terbakar. Akibat daripada insiden tersebut, BP Oil Industry (British Petroleum Oil Industry) telah didenda oleh kerajaan Mexico sebanyak 20.8 Billion USD bagi ganti rugi terhadap kerosakan yang dilakukan dan juga pencemaran air.

 

  1. Charles Koch merupakan orang yang paling terkaya dalam industri minyak dan gas dengan kekayaan sebanyak 60 Billion USD. Industri yang melibatkan beliau adalah syarikatnya sendiri iaitu Koch Industri iaitu sebuah syarikat bahan kimia yang lebih kepada mineral, polimer dan fiber.

 

  1. Telefon bimbit sebenarnya tidak  boleh menyebabkan letupan di stesen minyak.Yang boleh menyebabkan letupan berlaku adalah static electricity.

 

  1. Amerika akan mula menggali minyak di kawasan Alaska dan ini boleh menyebabkan kemsunahan alam sekitar. Kawasan Alaska merupakan antara kawasan paling bersih di Amerika, tetapi dengan penggalian minyak yang memakan sehingga 19.6 juta ekar kawasan tersebut, kawasan itu pada hari ini lebih tercemar sejak 1977.

 

  1. Teori konspirasi pernah mengatakan bahawa Amerika pernah menjajah Iraq dan kawasan Timur Tengah hanya untuk minyak. Namun kesatuan US dan UK telah mengiyakan bahawa perang Iraq yang berlarutan sepanjang 8 tahun itu memang bertujuan untuk menguasai industri minyak.

 

  1. Venezuela merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak mentah terbesar di dunia. Dengan mempunyai 297 Billion minyak mentah setakat ini, kajian telah menunjukkan bahawa Venezuela masih mempunyai 234 tahun untuk production berjalan.

 

  1. ARAMCO merupakan syarikat minyak dan gas terkaya di dunia. Hasil kekayaan yang dimiliki adalah sebanyak 2 Trillion USD. Wowww!!!. Syarikat ini merupakan syarikat 100% milik kerajaan Arab Saudi dan pada tahun 2017 saja untung bersih bagi syarikat tersebut adalah sebanyak 33.8 Billion USD.

 

  1. Ketidak seimbangan harga bagi satu barrel boleh merencatkan eknonomi sesebuah negara.

 

  1. Fabrik sintetik seperti Nilon dan Polyester diperbuat daripada petroleum. Merupakan antara benda yang tercipta dari tahun 1939 sehingga 1941 melalui sebuah syarikat tekstil milik British. Kelebihan fabrik sintetik ini adalah ianya lebih resistan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

 

  1. Biofuel berkemungkinan menggantikan minyak pada masa hadapan. Penggunaan Biofuel ini selalunya diproses terus daripada tanaman atau sisa pembuangan agrikultur.

 

  1. Negara Amerika merupakan sebuah negara yang menggunakan minyak terbesar di dunia. Kajian yang dilakukan mendapati negara Amerika menggunakan hampir 19.6 million barrels setiap hari dan ini telah menjadikan Amerika sebuah negara yang menggunakan minyak 2 kali ganda lebih banyak berbanding China, Jepun, India dan Russia.

 

  1. Pekerja Oil Rig merupakan pekerja yang dibayar gaji yang sangat tinggi. Secara purata gaji pekerja Oil Rig mampu mencapai 200,000 USD setahun. Itupun yang belum ada Ijazah, jika lebih banyak ilmu dan sijil profesional berkemungkinan lebih daripada itu mampu dapat.

 

Kalau nak belajar tentang kursus Introduction to Oil and Gas, klik link ni:

Introduction To Oil & Gas

September 16, 2020

0 responses on "15 Fakta Oil and Gas Yang Anda Tidak Tahu"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X