110 TAHUN OIL & GAS MALAYSIA BEROPERASI

110 TAHUN OIL & GAS MALAYSIA BEROPERASI

Tanggal 10 Ogos 2020 menandakan ‘milestone’ selama 110 tahun sejak Telaga Minyak Miri Well No 1 atau dikenali sebagai ‘Grand Old Lady’ telah digerudi di Miri Sarawak.

Bayangkan sudah berapa generasi industri minyak telah diwarisi sehingga kini.

Sempena ulangtahun 110 Tahun Grand Old Lady, jom kita tengok balik fakta-fakta menarik tentang Grand Old Lady

Fakta mengenai Grand Old Lady:

1) Pada awal sejarah sekitar tahun 1884, terdapat beberapa penulisan daripada Diari Officer British Baram (waktu zaman penjajahan British) mengatakan jumpa minyak dari tanah dekat Sungai Miri

2) Tahun 1888, Dr Charles Hose, Officer British waktu tu mula explore minyak di Miri dan menjumpai 28 lokasi minyak bertakung

3) Dr Hose menjumpai Sir Charles Brooke (haa, ingat tak sejarah nama Brooke Brooke ni?) untuk minta kebenaran Brooke bincang dengan Syarikat Shell (Waktu itu belum lagi nama Shell, nama dia Anglo-Saxon Petroleum Company ASPC) di London tentang lokasi minyak tersebut

4) Termeterai agreement di antara mereka, kawasan minyak tersebut diberi pada ASPC

5) Ketua Geologist ASPC (Shell), Dr Josef Theodore datang ke Miri dan buat geological survey dan confirmkan memang wujud Minyak di Miri

6) Tahun 1910, mula drilling pertama di Miri dan kawasan tersebut adalah di Canada Hill (kenapa nama Canada Hill? Nanti kita cover post lain)

7) Pada waktu itu telaga minyak pertama tu dinamakan sebagai Miri Well No 1 (dan hari ini dikenali sebagai Grand Old Lady)

8) Pakai Derrick dibuat daripada kayu sahaja, setinggi 79 meter dan mengeluarkan 83 barrels oil per day

9) selepas tu, banyak lagi onshore Platform di-korek oleh Shell sejumlah 46 onshore well di sekitar Balingian dan Baram Delta. Kemudiannya, pada tahun 1972, tercatat sebanyak 624 Onshore Platform didirikan di Miri!

10) Daripada penjumpaan telaga minyak, Shell cipta Refinery pertama di Malaysia di Miri pada tahun 1914.

11) Kemudian, Shell mula explore minyak lebih banyak dan jumpa lebih banyak lubuk di negara Brunei dan slowly fokus di Brunei lebih daripada Sarawak.

Itu baru sedikit tentang fakta dan sejarah Oil and Gas, kalau anda berminat nak belajar tentang dunia Oil and Gas, jemput cek kursus Online kami Introduction to Oil and Gas. Harga murah dan dapat sijil untuk letak dalam Resume

KLIK DI SINI

 

August 9, 2020

0 responses on "110 TAHUN OIL & GAS MALAYSIA BEROPERASI"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X