10 Tips Cari Kerja Era 2020

10 Tips Cari Kerja Kosong 2020

 

  1. Jangan buat Resume Dahulu!

 

Antara kesilapan utama ramai jobseeker ialah benda pertama diorang buat adalah resume. Eh? Bukan itu ke benda utama kena ada? Kenapa jangan buat pula?

 

Sebab apa jangan buat lagi? Cuba tanya soalan ni pada korang

 

  • Daripada semua application dan resume anda submit selama ni, berapa banyak yang sangkut dapat Interview?

 

  • Daripada Jumlah Interview tu pula, berapa banyak dapat position yang korang nak/idamkan ?

 

  • Dan daripada offer kerja korang dapat tu, berapa banyak yang sanggup bagi gaji yang korang minta?

 

Semua tu berkait rapat dengan Resume tau! Uish biar betul!

 

Pertama, kenapa kita susah nak sangkut dapat interview ialah kerana majikan gagal jumpa informasi yang mereka nak daripada candidate. Misalnya nak cari Piping Engineer, namun candidate tu samada tiada atau sedikit sangat yang related dengan Piping dalam resume menyebabkan candidate tak shortlisted untuk interview. Gagal untuk pamerkan informasi tersebut di resume mereka.

 

Kedua, kalau dapat interview pun, dapat position yang tak minat, lari bidang dan sebagainya sebab resume yang dipamerkan tidak relevan dengan position yang korang nak, tapi relevan dengan position yang korang tak nak. Jadi bila tabur resume kepada sekalian alam, yang datang balik ialah position yang korang tak minat.

 

Ketiga, faktor kita tak dapat demand gaji antaranya ialah majikan punya impression kurang terhadap value diri kita. Kita gagal tunjuk betapa mahal nye diri kita ni dalam resume. Hanya biasa-biasa sahaja. Bukan outstanding. Jadi bila majikan interview pun biasa-biasa sahaja.

 

Jadi soalan korang nak tanya, nak kena buat apa sekarang ni? Haa, baca tips seterusnya.

 

  1. Fahami apa Majikan mahukan

 

Sebelum kita buat resume, kita kena fahami apa majikan mahukan. Kenapa kena fahamkan benda ni?

 

Dia macam ibarat buat presentation la, kalau kita tahu siapa audience kita, kita akan tune presentation tu supaya audience faham dan minat dengan kita. Kalau kita tak tahu siapa audience, mereka akan mengantuk, main phone, tak minat dengan presentation kita.

 

Sama lah dengan resume. Kalau kita main buat je resume ikut rasa hati, tanpa ikut rasa majikan, kita hanya syok sendiri. Majikan pun rasa tak minat dengan resume kita.

 

Macamana nak tahu apa majikan nak? Ada beberapa cara yang biasa saya buat. Antaranya

 

  1. Baca Job Description daripada iklan kerja kosong
  2. Baca Job Description daripada iklan kerja kosong syarikat lain tapi sama position dia
  3. Cari profile Linkedin pekerja position tersebut dan baca profile dia

 

Daripada situ korang boleh buat list lengkap apa korang kena tahu dan kena ada dalam resume. Ni contoh apa saya buat untuk diri saya masa nak cari kerja :

 

Kalau Nak Download Template Excel ni, klik di sini

 

  1. Ambil masa untuk kenali diri nak jadi apa

 

Kadang-kadang, kita tengah menganggur ni bukan lah teruk sangat seperti yang disangkakan. Inilah masa terbaik untuk kita fikirkan kerja apa yang sebenarnya kita minat.

 

Kadang-kadang, kalau kita rushing nak dapat kerja mana-mana, tak kisah kerja apa asalkan dapat kerja punya mindset ni tidak sihat untuk long term.

 

Sebab zaman bekerja ni bukan sebulan dua tapi sampai kita pencen! Maksudnya kita akan kerja hampir 30-40 tahun lamanya. Kenapa kita hanya ambil masa sedikit atau tidak fikirkan dengan mendalam tentang kerjaya kita yang bakal kita nak pilih untuk 30-40 tahun ni?

 

Sebab tu ramai bila dah bekerja tak ada jiwa, asal dapat gaji cukup, dan asyik tunggu nak cuti je. Bagi saya, kalau nak pergi jauh dalam kerjaya, nak jadi somebody dan nak jadi expert dalam industri, kerja kita kena ada jiwa. Baru boleh pergi jauh, setuju?

 

Ambil masa ni buat research online. Kadang-kadang tak semua jawapan jumpe di online, kita kena juga jumpa dengan orang. Jadi cuba Jumpa dengan orang yang sudah bekerja dalam industri tersebut dan minta pandangan dia tentang career.

 

Its okey kalau anda tak tahu nak pilih mana satu. Shortlist kan top 3 career yang anda minat dan anda mula dari situ. At least, anda dah pilih kerjaya yang diminati dan dari situ kita bina empayar career kita sikit demi sikit.

 

 

  1. Buat Resume Format yang mengikut Industri

 

Setiap industri kalau perasan mesti ada preference Format Resume mereka tersendiri. Ada yang buat Format Infografik, 1 Page Resume, 2 page Resume dan macam-macam lagi Format yang ada.

 

Sebenarnya semua tu bergantung pada industri masing-masing. Untuk industri Oil and Gas misalnya, apa yang saya jumpa ialah preference format resume ialah 2 page resume dan formal. Tak perlu  hias cantik-cantik, pastu perlu letak banyak informasi. Selain tu, training dan certifications juga penting dalam resume. Dengan format ni lah, senang majikan nak pilih candidate dia prefer.

 

 

 

  1. Kenali Decision Maker dalam Job Hunting

 

Sekarang by step ke 5 ni, korang patut dah ada career apa yang minat dan faham apa requirement majikan, kali ni korang kena tahu SIAPA DECISION MAKER dalam Syarikat-syarikat.

 

Siapa Decision Maker ni?

 

Decision Maker ialah orang yang akan:

– Shortlist kan Resume yang Potential

– Interview Candidate

– Berkuasa memilih candidate yang di interview

 

Jangan konfius dengan HR (Human Resource)!. Kebiasaannya, bukan HR yang memiliki ketiga-tiga kuasa ini, tetapi Hiring Manager atau Manager department tersebut ada kuasa ini.

 

Kalau Department Technologist misalnya, Decision Maker dia adalah Senior Manager atau Principal Engineer Department tersebut. Kalau Department Project, Decision Maker dia adalah Project Manager. Begitulah juga dengan department-department lain.

 

Sebab tu kalau korang perasan, bila pergi interview mesti ada HR dan sorang lagi Manager department ataupun CEO/Director. Betul tak?

 

Sebab mereka yang sebenarnya decide siapa mereka nak ambil. Bukan HR yang decide. Jadi cari peluang untuk kenal mereka di Linkedin, social media ataupun Conference Industri dan hantar resume anda pada mereka.

 

  1. Kenali Syarikat2 yang relevan

 

Tak semua syarikat ada position yang korang nak tu. Misalnya kerja Chemist, kalau company tu tak terlibat langsung dengan Chemist, macamana korang nak expect dapat interview syarikat tu. Betul tak?

 

Korang kena korek dulu dan kenal siapa player-player dalama industri yang terlibat. Kalau Oil and Gas, kita ada 2 side of player:

 

Operator: PETRONAS, Shell, ExxonMobil etc

Contractor: Sapura, Dialog, Technip, Bumi Armada etc

 

Nak tahu senarai company-company ni boleh tengok dekat website MPRC di sini. Atau korang boleh cari kat page Oil and Gas Master, ada banyak Ebook Syarikat-syarikat lain Oil and Gas diorang sediakan dekat sini.

 

  1. Jangan limitkan dekat Jobstreet dan website online lain.

 

Sekarang ni, semua orang bila nak cari kerja mesti Jobstreet, mesti Indeed, mesti Maukerja dan sebagainya.

 

Terlalu ramai candidate dah masuk dekat situ. Dah tepu. Macamana nak lawan dan standout?

 

Kena ada lubuk lain juga nak cari kerja yang mana ramai yang tak explore lagi iaitu:

 

  • LinkedIn
  • Career Fair (di Universiti terpilih)
  • Conference
  • Oil and Gas Competition

 

Di Linkedin misalnya, korang bukan apply kerja kosong macam dekat Jobstreet tu, tapi melalui connect dengan Decision Maker, sembang-sembang dan share information yang diorang suka dekat Linkedin.

 

Career Fair lak, korang jangan pergi dekat KLCC, Midvalley tu sahaja, pergi juga dekat Universiti pilihan industri seperti UTP, UTM Skudai, UNITEN, UM dan sebagainya. Situ company lagi best dapat jumpa berbanding yang berada di KLCC dan Midvalley.

 

  1. Ilmu Teknikal lebih laku daripada Ilmu Soft Skill

 

Zaman saya belajar dulu, ramai cakap skill yang laku adalah soft skills seperti pandai speaking, leadership dan sebagainya. Tapi bila cari kerja takde pun majikan tanya pasal soft skills tu.

 

Yang ditanya adalah, ada tak experience dalam XXXX? Pernah handle equipment XXXX? Bole explain pasal Proses XXXX?

 

Semua soalan teknikal kebanyakannya. In fact, itulah soalan yang selalu ditanya dalam interview kita betul tak? Soft skill bukan lagi skill utama yang majikan pandang.

 

Jadi ilmu soft skill ni bagi saya maybe laku 10 tahun dahulu. Sekarang yang majikan nak ialah Skill Teknikal. Certifications. Technical Experience.

 

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat saya untuk part ni, tapi based on pengalaman sendiri dan ramai student yang saya coach, dan untuk industri Oil and Gas, Skill Teknikal lah yang paling demanding dan laku berbanding soft skill hari ini.

 

Ambil peluang jika berkemampuan dengan Training Teknikal yang relevan dengan career anda minat misalnya:

 

Mechanical: API 510/570/653

Electrical & Instrument: IECEx, Gas Detection, Analyzers

Design: AutoCAD

Project Management: Primavera

Chemical: Oil and Gas Introduction

 

Dan sebagainya. Kalau korang nak cari kursus murah-murah saya recommend website Oil and Gas Master. Boleh google atau klik di sini untuk pilih kursus yang korang minat. Boleh belajar secara online dan dapat sijil.

 

  1. Kenali Teknik Dapat Gaji Tinggi dalam Industri

 

Kalau sekarang gaji kita semakin lama semakin rendah, tiba masanya kita belajar macamana nak dapat gaji lebih baik.

 

Ye, memang berita kita baca baru-baru ni semua gaji engineer dan doktor makin rendah dan underpaid. Tapi tak semua kalau korang nak tahu.

 

Ada engineer di luar sana dapat gaji best. Dapat gaji yang selesa. Ada juga dapat gaji lebih tinggi daripada market walaupun company kecil.

 

Jadi kita kena kenal kat mana lubuk-lubuk syarikat dan teknik untuk dapat gaji selesa ni. Apa tips dia?

 

Pertama sekali ialah teknik demand gaji. Bila interview nanti, korang kena pandai highlight macamana korang boleh save duit syarikat dan bagi syarikat keuntungan lebih banyak dengan pengalaman, skill dan certificate korang. Korang jangan cakap ada certificate dan pengalaman semata-mata. Kena cakap macamana korang boleh “convert” skill dan pengalaman tersebut kepada CASH dan DUIT pada syarikat. Baru boleh justify gaji korang. Dengan skil ni, tak kisah company kecil atau besar memang boleh demand.

 

Kedua ialah kenali syarikat yang mampu bayar gaji besar. Antaranya ialah Syarikat Multinasional dan bekerja di Oversea seperti Singapore dan Middle East.

 

Company multinasional seperti PETRONAS, Shell, ExxonMobil, SLB dan sebagainya memang mampu beri gaji yang tinggi untuk graduate dan juga orang berpengalaman. Korang boleh aim company-company ni untuk dapat gaji yang selesa. Namun korang kena ingat, bukan korang je yang apply. Graduan satu Malaysia nak masuk company-company ni. Jadi korang kena belajar macamana nak standout seperti ada skill teknikal yang lebih daripada candidate lain.

 

Satu lagi ialah kerja di Oversea kerana currency rate lebih tinggi dan kerja lebih risiko tinggi seperti kawasan zon bahaya dan ‘isolated’. Biasanya kalau kerja Oversea dah tentu 5 angka dan ke atas gaji mereka. Namun, saya tak recommend untuk yang baru graduate untuk kerja di Oversea kerana kebiasaannya mereka mencari candidate yang lebih berpengalaman. Kalau yang baca ni dah ada pengalaman 7 tahun dan ke atas, saya akan recommend anda cari peluang di Overseas.

 

  1. Teknik Kekalkan Momentum Dalam Mencari Kerja

 

Akhir sekali, effect mencari kerja bukan sekejap seperti Facebook Instagram boleh dapat like komen dan share laju-laju. Kadang ada yang dapat jawapan interview dalam seminggu, ada yang 3 bulan dan ada yang 6 bulan kemudiannya.

 

Jadi sementara korang menunggu, belajar ilmu teknikal sama ada baca sendiri di Google dan Youtube ataupun hadiri kelas Teknikal di luar sana.

 

Hadiri juga conference-conference. Jumpa orang yang sudah bekerja dalam industri. Tanya pasal kerjaya mereka.

 

Duit takde takde masalah. Buat kerja part time dulu takpe. Grabfood, kerja Starbucks, buat bisnes dropship,servis photografi dan grafik design untuk cari side income. Kemudian invest dekat Training Teknikal. Yang penting, korang dah ada progress dalam mencari career yang korang nak.

 

Macam saya cakap di tips sebelum ni, kita kerja ni bukan sekejap-sekejap. Kita bakal tempuhi zaman bekerja yang sangat lama. 30-40 tahun lamanya.

 

Jadi Buat keputusan biar masak-masak. Biar kita Dah explore dan dah research. Tak perlu rush-rush dapat kerja walaupun kawan kita dah pun dapat kerja.

 

 

Aizat Farhan

Measurement Engineer Syarikat Multinational Oil and Gas

 

 

 

 

December 31, 2019

0 responses on "10 Tips Cari Kerja Era 2020"

Leave a Message

OGM Academy © oilandgasmaster.com
X