10 Posisi Kerja Yang Memerlukan Skill AutoCAD

Dalam usaha mencari kerja, skill software yang relevan adalah antara kunci untuk mendapat kerja. Tapi apa jenis software yang paling banyak demand dalam kerja sekarang? Hari ini kita akan bincangkan mengenai software yang famous iaitu AutoCAD.

 

Di bawah merupakan screenshot daripada Job Street mengenai kewajipan kerja Engineer ada skill AutoCAD yang sangat baik, bukan sekadar tahu sikit2 je ye. Nama pun ‘MUST be well verse’. Sebenarnya banyak lagi job engineer dan posisi lain yang highlight dalam requirement mereka memerlukan skill AutoCAD ni. Jom kita tengok 10 posisi kerja anda boleh ceburi dengan skill AutoCAD

 

 

 

  1. Project Engineer (Chemical, Electrical, Mechanical, Petroleum, Civil etc)

Project Engineer bertanggungjawab untuk menyediakan project schedule, document and drawing approval, FAT, Commissioning dan Final Documentation. Setiap fasa ini memerlukan engineering drawing dan penambahbaikan drawing dari semasa ke semasa.

 

  1. Draftsman (Chemical, Electrical, Mechanical, Petroleum, Civil etc)

Seperti namanya sendiri, memang kerja dia buat drawing sahaja. Dan ada yang draftsman wajib ada skill 3D untuk sesetengah projek. Kerja nya perlu buat drawing hari-hari. Kerja yang kena buat beratus drawing perlu disiapkan dalam seminggu akan menjadi perkara biasa buat drafter.

 

  1. Structural Engineer (Civil Engineer)

Kerja Structural Engineer ialah analisa, design dan plan komponen structure bangunan, chemical plant dan oil platform. Kerja mereka banyak fokus pada bab safety, teknikal feasibility, kos yang efektif dan selamat pada society dan environment. Kerja mereka sudah semestinya memerlukan CAD drawing untuk tunjuk design mereka dalam setiap projek.

 

  1. Process Engineer (Chemical, Oil & Gas Engineering)

Kerja Process Engineer ialah untuk buat design chemical plant, rangkakan operasi yang selamat untuk setiap process, dan buat process optimization. Kerja mereka juga seperti structural engineer tadi,  banyak fokus pada bab safety, teknikal feasibility, kos yang efektif dan selamat pada society dan environment. Kerja mereka sudah semestinya memerlukan CAD drawing untuk tunjuk design mereka dalam setiap projek.

 

  1. Electrical & Instrument Engineer

Kerja design Electrical System, Control System, P&ID, PLC, DCS dan macam-macam lagi. Dah nama pun kena buat design, drawing kena ada la. Selain design, project planning and execution pun handle drawing juga.

 

  1. Mechanical Static & Rotating Equipment Engineer

Engineer ni akan handle static (piping, furnaces, boilers etc) dan rotating equipment (pumps, compressors) daripada design stage sampai la ke completion including start-up dan commissioning. AutoCAD sudah semestinya diperlukan dalam semua stage tersebut.

 

  1. Sales Engineer (Chemical, Electrical, Mechanical, Petroleum, Civil etc)

Sales Engineer juga akan menggunakan AutoCAD untuk cipta drawing dalam proposal dan bidding stage pada client. Sering kali, mereka perlu submit documents dalam jangka masa yang pendek dan adalah satu kelebihan jika mereka boleh create drawing sendiri. Sesetengah Sales Engineer akibat tidak tahu AutoCAD, mereka menggunakan Software Paint sahaja untuk create drawing dan akhirnya menjadi drawing yang tidak sempurna dan tidak professional!

 

  1. Quantity Surveyor (QS)

Kerja QS ni banyak main dengan measurement kawasan dan sering kali mereka menggunakan AutoCAD untuk kira measurement area, volume, panjang etc melalui drawing. Mereka juga kena design 3D rumah dan kira berapa banyak batu, simen, concrete, pasir dan besi diperlukan dalam construction nanti.

 

  1. Architecture

Arkitek memang kerja dia design bangunan baru dan renovate bangunan lama. Drawing diorang bukan calang-calang drawing. Memang complex gila. So skill AutoCAD mereka mestilah level pro baru senang buat drawing.

 

  1. Product Designers

Product designer kerja dia kena create new design untuk pelbagai produk dan improve existing produk dalam kerangka produk itu berkesan, rupa lebih baik dan kos lebih rendah. Antara produk mereka akan terlibat termasuklah perabot, merchandise dan sebagainya. Skill yang penting termasuk 2D dan 3D drawing. AutoCAD adalah antara software yang digunakan dalam kerjaya mereka.

Penutup

Sebenarnya ada banyak lagi posisi lain yang memerlukan AutoCAD seperti Interior Designers, Scaffolding, HSE dan sebagainya. Skill AutoCAD memang ada banyak demand dan tidak rugi anda invest pada mempelajarinya.

 

P/S:  Kalau nak belajar AutoCAD bole klik di sini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × one =