4 Kelebihan Sijil API pada Fresh Graduate

4 Kelebihan Certificate API pada Fresh Graduate

 

Blog kali ini nak menceritakan cara nak dapat kerja lebih cerah untuk fresh graduate melalui ilmu, skill dan certificate API Code and Standards. Ye lah, sekarang ni graduan kan semakin berlambak dan Degree Cert pun tak tentu dapat kerja lagi.

Jadi ada soalan dari graduan, wajarkah untuk mereka meningkatkan peluang pekerjaan melalui mengambil Certificate API? Ada ke kelebihan bila ada Cert ni? Patut ke saya invest duit dalam Cert ni?

Jika anda ada soalan-soalan sebegini, blog ini adalah untuk anda!

 

  • Tingkatkan Kefahaman Teknikal

Kelebihan yang paling utama dengan mengambil Cert API ini ialah ilmu dan skill yang digunakan dalam API Codes and Standards. Khasnya berkaitan dengan design, operasi, repair dan maintenance codes and practice semua kena ikut API. Sangat banyak aspek dalam industri yang menggunakan Code API menjadikan sebagai jurutera/technician dan operator wajib tahu supaya mereka boleh laksanakan tugas dengan baik dan selamat.

Tanpa ilmu ini, anda mungkin akan blur bila mula bekerja dan ambil masa nak belajar sendiri sehingga faham. Lagi teruk, ia akan menambahkan risiko keselamatan jika Code yang Penting tidak diikuti kerana kita tidak tahu sewaktu kita bekerja nanti!

 

 


  • Requirement Utama untuk Masuk Industri Oil & Gas

Industri Oil & Gas yang berisiko tinggi dan operasi dan proses yang kompleks wajib mematuhi code API ini. Mustahil semua piping, tanks dan pressure vessel tidak ikut spec API. Jadi jika nak masuk industri Oil & Gas tapi tidak tahu API Code, masalah besar la gayanya!

 

 


  • Lebih Marketable

Jurutera yang memiliki ilmu dan Certificate API di Industri belum cukup ramai lagi, apatah lagi graduan. Jadi ini peluang mereka untuk mengejar certificate ini dan semestinya akan standout daripada graduan lain.

Syarikat Oil & Gas khasnya sudah pasti memerlukan ilmu API dalam kerja harian mereka dan dengan adanya Ilmu dan Sijil API daripada graduan, anda akan menarik perhatian syarikat kerana mereka tidak perlu melatih dan anda akan lebih cepat untuk laksanakan kerja mereka.

 


  • Kerja Overseas

Cert API adalah sijil diiktiraf oleh seluruh dunia. Anda bukan sahaja boleh bekerja di tanah air, malah anda berpeluang untuk bekerja di overseas. Di Asia, masih banyak lagi negara pengeluar petroleum yang tidak ada jurutera dan inspektor yang ada API Certificate.

Jadi Cert API ni memang sangat bernilai dan graduan tidak akan berasa menyesal dan rugi jika invest. Cuma kekurangannya ialah harga untuk ambil Certificate agak mahal melalui Exam (900 USD = RM 3600-4000). Kemudian harga Exam Preparation juga mahal (RM1500-2000) untuk memastikan anda lepas Exam tersebut. Itu baru sahaja satu Code! Dalam API, 3 Code utama diperlukan jika mahu lengkap (API 510, API 570, API 653) jadi kos tersebut kena darab 3 la setiap satu!

Konklusi

Jadi graduan mungkin tiada bajet seumpamanya. Tapi, anda tidak perlu risau kerana Oil and Gas Master dengan kerjasama  iPetro Academy telah menyediakan solusi pada dilema ini; dengan memberi kelas harga student untuk belajar ketiga-tiga Code Utama API dalam sehari. Boleh klik link ini untuk tahu lebih lanjut.

 

Jadi tiada alasan lagi untuk graduan terus menganggur. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangan putus asa dan terusk tingkatkan kemampuan diri !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 18 =